Nazmi Faiz Minta Maaf Tumbuk Kapten Qatar – Malaysia Menang 2-0 | NescafeAis.Com


.

.

Nazmi Faiz Minta Maaf Tumbuk Kapten Qatar – Malaysia Menang 2-0

June 18th, 2012 1 Comment .
.

nazmi tumbuk kapten qatar

Hari ini (17 Jun 2012) telah berlangsung satu perlawanan persahabatan skuad Harimau Muda bawah 22 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee petang tadi menentang skuad kebangsaan Qatar u22 di Stadium Shah Alam. Perlawanan ini adalah sebagai persediaan skuad Harimau Muda untuk kelayakan Piala AFC U22 tidaklama lagi.

Dalam perlawanan tadi skuad Harimau Muda berjaya menewaskan Qatar u22 hasil jaringan irfan fazail pada minit ke 27 dan Mohd Rozaimi pada minit ke 69.

Kejayaan menewaskan Qatar U22 ini merupakan satu kejayaan dan pemangkin semangat kepada skuad Ong Kim Swee untuk menempuh perlawanan kelayakan Piala AFC U22 nanti.

Namun perlawanan dicemari insiden layangan kad merah. Perancang utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.

Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.

Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.

“Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya,” jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.

Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Nazmi Faiz Minta Maaf Tumbuk Kapten Qatar – Malaysia Menang 2-0”

  1. mataHARImau says:

    MEMALUKAN ! walaupun menang

Leave your comment here: