Nazmi Faiz Playboy? – Gambar Kekasih Nazmi Tengku Fiella  | NescafeAis.Com


.

.

Nazmi Faiz Playboy? – Gambar Kekasih Nazmi Tengku Fiella

June 17th, 2012 1 Comment .
.

nazmi faiz dan tengku fiella

Gambar kekasih Nazmi Faiz : Heboh di internet gambar Nazmi Faiz bersama kekasihnya Tengku F atau Tengku Fiella. Adakah benar Tengku Fiella adalah kekasih sebenar Nazmi?

Dalam pada itu, Nazmi tidak menafikan beliau mengenali gadis tersebut (Tengku Fiella), tetapi berkeras menafikan dirinya adalah seorang playboy seperti yang dihebohkan di internet.

Nazmi Faiz Mansor yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama kelab divisyen satu Portugal, SC Biera-Mar telah dilanda gosip dan kontroversi apabila dia dituduh Playboy. Gosip tersebut bermula apabila terdapat beberapa keping gambar Nazmi Faiz mesra dengan beberapa wanita tersebar di internet.

Menurut Nazmi Faiz, dia tidak mahu kerjayanya yang baru bermula terjejas disebabkan gosip tersebut. Dia sendiri menafikan dirinya seorang Playboy walaupun mengenali wanita-wanita dalam gambar tersebut. Antara wanita yang dikatakan kekasih Nazmi Faiz ialah Tengku F atau Tengku Fiella dan seorang lagi hanya dikenali dengan nama N.

nazmi dan tengku fiella

Gambar Nazmi Bersama Tengku Fiella

tengku fieella

“Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy.

“Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya,” kata Muhamad Nazmi Faiz Mansor.

Diharap Nazmi Faiz bersabar dan bijak berhadapan dengan gosip remeh yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut. Seperti juga Khairul Fahmi Che Mat dahulu, dia juga tidak terlepas dari gosip-gosip panas yang bakal dilemparkan keatasnya.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Nazmi Faiz Playboy? – Gambar Kekasih Nazmi Tengku Fiella”

  1. hananie says:

    thn jer lh gosip 2 yg pntng sabar

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!