Nama Sebenar Aaron Aziz Bukan Mat Haron  | NescafeAis.Com


.

.

Nama Sebenar Aaron Aziz Bukan Mat Haron

April 2nd, 2012 0 Comments .
.

ama sebenar aaron aziz

NAMA SEBENAR AARON AZIZ BUKAN MAT HARON | Hanya kerana nama sebenar Aaron Aziz, dia telah menjadi satu perbincangan yang hangat di Forum Cari. Dalam forum itu, Aaron Aziz didakwa telah memaparkan namanya sebagai Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Terdapat juga salinan kad pengenalan Republik Singapura milik Aaron yang menjadi pertanyaan adakah ia palsu ataupun tulen.

Isteri Aaron Aziz, Diyana yang merupakan pengurus aaron telah memberi penjelasan bahawa nama sebenar Aaron Aziz dan salinan kad pengenalan Aaron Aziz yang dipaparkan di Forum tersebut adalah palsu.

“Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

“Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

“Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya,” jelas Diyana.

Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan. Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau tiada kerja, selain suka mengada-adakan berita-berita seperti ini.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Nama Sebenar Aaron Aziz Bukan Mat Haron”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: