MyOnline Passport – Cara Permohonan Pasport online | NescafeAis.Com


.

.

MyOnline Passport – Cara Permohonan Pasport online

December 5th, 2011 0 Comments .
.

MyOnline Passport – Cara Permohonan Pasport online – Apa itu MyOnline Pasport
gambar pasport

Dengan “myONLINE Pasport” kini kita tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasport sekaligus memudahkan dan mempercepatkan proses memperbaharui pasport.

Sekarang hampir semua urusan harian sudah boleh dibuat dengan online, kerajaan banyak memperkenalkan perkhidmatan kerajaan secara online bagi kemudahan orang ramai yang semakin sibuk dengan urusan harian.

Apa Itu MyOnline Pasport?

MyONLINE*PASPORT  adalah permohonan dan bayaran pasport secara online melalui internet.
Melaluipembayaran boleh dilakukan secara online dengan menggunakan kemudahan debit terus (FPX) atau kad kredit.

Tempoh Pengeluaran Pasport

Proses pengeluaran pasport bagi permohonan melalui MyONLINE*PASPORT mengambil masa dalam 2 jam atau berdasarkan tempat, tarikh dan masa pungutan yang dipilih ketika permohonan.

Spesifikasi Gambar Pasport

1-Latar belakang foto adalah berwarna biru muda seperti yang telah ditetapkan;
2-Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada;
3-Foto segera (Polaroid) tidak diterima untuk pasport Malaysia;
4-Tiga suku profil tidak dibenarkan;
5-Pemohon memandang tepat ke arah kamera;
6-Mata perlu dalam keadaan terbuka;
7-Rambut tidak melindungi wajah;
8-Tidak menutupi dahi sepenuhnya (bagi yang memakai tudung, songkok, kupiah dan lain-lain);
9-Ukuran gambar – 5.0sm x 3.5sm;
10-Ukuran dari atas kepala ke bawah dagu – 3.0sm;
11-Ukuran muka dari kiri ke kanan – 2.0sm hingga 2.5sm.

CTH:-

Spesifikasi Gambar Pasport Yang Tidak Diterima

1-Latar belakang foto berwarna lain dari biru muda;
2-Pakaian berwarna terang dan tidak menutupi bahu dan dada;
3-Mata dalam keadaan tertutup;
4-Pemohon tidak memandang tepat ke arah kamera;
5-Rambut melindungi wajah;
6-Menutupi dahi sepenuhnya (Bagi yang memakai tudung, songkok, kupiah dan lain-lain);
7-Ukuran foto – Lebih atau kurang dari 5.0sm x 3.5sm;
8-Ukuran dari atas kepala ke bawah dagu – Lebih atau kurang dari 3.0sm;
9-Ukuran muka dari kiri ke kanan – lebih dari 2.5sm atau kurang dari 2.0sm.

CTH:-
gambar pasport

NOTA PENTING:-MELANGGAR SPESIFIKASI FOTO YANG DITETAPKAN AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN ANDA DITOLAK DAN BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Syarat-syarat permohonan MyOnline Pasport

1. Sekiranya maklumat yang diberi oleh pemohon ketika mengisi borang permohonan MyONLINE PASPORT adalah salah atau kurang tepat dan tidak mengikut TERMA & SYARAT, ini akan membolehkan ‘PERMOHONAN DITOLAK’ dan ‘BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN’

2. Pemohon wajib muat naik gambar terkini yang diambil dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh permohonan.

3. Untuk mengambil pasport, pemohon perlu hadir sendiri (tidak boleh diwakilkan) ke kaunter Pejabat Imigresen bahagian pengeluar pasport yang dipilih ketika permohonan MyONLINE*PASPORT. Sebarang penukaran tempat pungutan tidak dibenarkan.

4. Permohonan di bawah 18 tahun :

  • Penjaga yang memberi izin perlu hadir semasa pengambilan pasport.
  • Sekiranya penjaga yang memberi izin bukan yang terdapat dalam permohonan MyONLINE*PASPORT tidak dibenarkan untuk melakukan permohonan, pemohon perlu hadir ke kaunter Pejabat Imigresen bahagian pengeluar pasport dan perlu membawa sijil lahir pemohon.

5. Permohonan yang dibenarkan :

  • Permohonan gantian dalam keadaan biasa sahaja yang dibenarkan
  • Buku Pasport dalam keadaan baik (tidak berconteng, terkena air atau koyak) dan pasport bercip
  • Permohonan hanya dibenarkan untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun keatas.

6. Bayaran Pasport :

  • RM100 untuk Tempoh Dokumen 2 Tahun
  • RM300 untuk Tempoh Dokumen 5 Tahun
  • Bayaran Separuh Harga-RM150 untuk 5 tahun  (Kelayakan Bayaran Separuh Harga – Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan)

7. Pungutan Dokumen :

  •   Pemohon perlu hadir ke Pejabat Imigresen bersama resit bayaran dan dokumen sokongan mengikut kategori berikut:
  • Pemohon 18 tahun ke atas – Kad Pengenalan dan Buku Pasport asal
  • Pemohon di bawah 18 tahun – Kad Pengenalan Penjaga, Sijil Lahir dan Buku Pasport asal

Untuk memohon sila ke laman web - MyOnline Pasport

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “MyOnline Passport – Cara Permohonan Pasport online”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!