Mawi Dan Ekin Dapat Anak Perempuan | NescafeAis.Com


.

Mawi Dan Ekin Dapat Anak Perempuan

February 28th, 2012 1 Comment .
.

gambar anan mawi dan ekin

Isteri Mawi iaitu Ekin akhirnya selamat melahirkan seorang bayi  perempuan sekitar pukul 4 pagi tadi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi,  Selangor. Menurut maklumat, bayi tersebut dilahirkan secara normal dan berat ketika dilahirkan adalah 2.8 kilogram.

Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh rakan-rakan artis dan kenalan di akaun Twitter dan BBM mereka. Untuk info, Ekin yang sebelum ini pernah keguguran dua kali sebelum disahkan mengandung lagi tahun lepas dan kini selamat mendapat anak perempuan.

Pasti ramai yang ingin melihat wajah anak pertama Mawi dan Ekin tu kan? Buat masa ni, Mawi dan Ekin enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka itu. Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat bagi meraikan kelahiran anak sulung mereka itu.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Mawi dan Ekin kerana sudah mendapat cahaya mata sekaligus bergelar ayah dan ibu. Semoga anak sulung Mawi dan Ekin berada dalam keadaan sihat.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Mawi Dan Ekin Dapat Anak Perempuan”

  1. [...] ANAK MAWI DAN EKIN | Setelah lama menanti, akhirnya pasangan suami isteri popular, Mawi dan Ekin telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 28 Februari 2012 yang lalu kira-kira jam 4 [...]

Leave your comment here: