Lee Chong Wei Minta Maaf Gagal Menang Emas | NescafeAis.Com


.

.

Lee Chong Wei Minta Maaf Gagal Menang Emas

August 6th, 2012 0 Comments .
.

DFGF

“Saya minta maaf”. Itulah kata-kata ringkas daripada Datuk Lee Chong Wei selepas gagal memperoleh emas dalam acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik di London, malam tadi.

lee chong wei

Lee Chong Wei berkata demikian selepas sekali lagi gagal di tangan Lin Dan, musuh tradisinya, yang memperoleh emas pada 2008 di Beijing. Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi twitternya kira-kira jam 9.55 malam tadi (waktu Malaysia), Chong Wei ‏pilihan pertama Sukan Olimpik 2012, menghantar mesej susulan 15 minit kemudian dengan antara lain berkata:

“Terima kasih kepada semua. Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas (kali ini).”

LEE

Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab Chong Wei, yang turut menitiskan air mata selepas perlawanan, tidak wajar meminta maaf. Chong Wei tiada sebab untuk meminta maaf, kata sebahagian besar pengikutnya. Kebanyakan memberi semangat kepada Chong Wei.

Laman twitter dibanjiri dengan urutan mesej sepanjang dua jam pertama selepas perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan berakhir. Sebahagian mereka juga menegaskan bahawa beliau telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan oleh itu, wajar dianggap sebagai ‘pemain memperoleh emas.’

Seorang pengikut Chong Wei bernama Lim Yee Wai berkata,

“anda sentiasa menjadi hero saya, anda telah menyatukan sebuah negara, tidak kira kaum, agama, warna atau gender. Setiap orang di belakang anda.”

Seorang lagi peminatnya, Lina Shabbir berkata,

“‏@limbo88 @Lee_C_Wei Wai Lim, saya bersetuju dengan anda, 100 peratus! Setiap orang di belakang anda, Chong Wei, anda emas yang berharga bagi Malaysia. Tahniah, permainan yang baik!”

Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza juga melahirkan reaksi beliau.

Katanya, “terharu dan bangga dengan semangat Datuk! Datuk kebanggaan Kami Rakyat Malaysia.”

Peminat bernama Yann Herng menasihatkan Lee Chong Wei tidak wajar memohon maaf.

“Datuk hentikan itu!!!!!! Henti daripada memohon maaf!!! Anda sudah pun menjadi sebutir emas dalam hati 28 juta orang (rakyat Malaysia),” katanya.

Afnan Syuwari pula berkata,

“tidak kira apa, anda hero saya dan kami sangat bangga dengan anda.”

Seorang lagi peminat bernama Nadzmi Amir Mohd Asri pula berkata,

“walaupun tewas, Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang menakjubkan dalam pertemuan final.”

Braces Boy pula menulis menerusi akaun twitternya bahawa

“28 juta rakyat Malaysia berbangga dengan semengat dan perjuangan anda Lee Chong Wei. Tahniah saya ucapkan.”

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Lee Chong Wei Minta Maaf Gagal Menang Emas”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: