Kuku Aaron Aziz Pulak Jadi Isu – Itulah Kuku Jantan!!

Apa sahaja yang berkaitan dengan Aaron Aziz kan menjadi isu bualan hangat di internet, baru reda dengan isu nama sebenar dan kad pengenalan sebenar Aaron aziz…kini isu kuku tangannya yang dikatakan buruk itu pun menjadi bahan dan perbincangan di ruangan gosip dan forum dalam internet.
Segalanya bermula apabila Aaron menunjukkan kad pengenalan sebenarnya pada jurugambar sebagai reaksi kepada gambar kad pengenalan palsunya yang sedang tersebar luas.Apabila jurugambar mengambil gambar kad pengenalannya itu secara ‘close up’, maka ‘rupa bentuk’ jarinya pun terserlahlah.
Gambar close up menunjukkan kuku Aaron yang jelas kukunya kelihatan seakan-akan tidak ‘diuruskan’ dengan rapi. Dan bila seseorang artis itu popular, maka kukunya pun telah dijadikan ‘bahan’ untuk diperkatakan dalam internet.
Mungkin menyedari yang kukunya itu sedang diperkatakan, Aaron dengan selambanya menjawab isu itu dalam twitternya.
Petikan Twitter Aaron Aziz:-
Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe.
Tangan dan jari memang byk luka luka. Maklumlah kuku KL Gangster2 yg baru habis ni.
Tidak cukup dengan itu, Aaron juga memuat turun gambar jari kuku tangannya yang terbaru buat tatapan peminatnya.

Nampaknya dengan macam-macam isu berkaitan Aaron Aziz, maka tidak mustahil dia bakal muncul pemenang ABPH 2011 malam ini, jangan lupa lihat Keputusan Penuh Pemenang ABPBH 25 Tahun 2011 setelah siaran tamat.
Itulah harga yang perlu dibayar kalau dah bergelar selebriti ini, dari kad pengenalan sampai kuku pun diperkatakan orang.Bila perangai baik, perkara baiklah yang keluar di internet, namun jika perangai buruk, maka yang buruklah orang keluarkan di internet.
<< JANGAN LUPA KLIK BUTTON DI BAWAH >>
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





No Comment to “Kuku Aaron Aziz Pulak Jadi Isu – Itulah Kuku Jantan!!”