Kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Dibatalkan  | NescafeAis.Com


.

.

Kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Dibatalkan

July 31st, 2012 3 Comments .
.

Kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Dibatalkan

Abby Abadi menerusi akaun Twitter beliau, mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Pada Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary selepas beliau bertudung.

Namun menurut kenyataan Abby Abadi, pemilik syarikat itu tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang Abby Abadi yang terlibat dalam parti pembangkang.

Kontrak Abby Abadi Duta Tudung Dibatalkan
 

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” tulis Abby Abadi yang didakwa sebagai kenyataan Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.

Akaun Twitter Hani Elia sudah private mungkin tidak mahu di ’ganggu ‘tentera’ Abby Abadi yang tidak berpuas hati. Abby Abadi seterusnya menulis yang kontrak beliau bersama Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 Julai 2012 yang lalu dan yakin dengan rezeki Allah di’kemudian hari.

Kesian bila Al-Humaira Contemporary teruk dihentam peminat @ tentera Abby. Sebagai pihak yang berniaga sesungguhnya dia mempunyai hak untuk memilih duta sebagaimana yang dia inginkan untuk mewakili product dia.

BERIKUT KENYATAAN BALAS AL-HUMAIRA MENERUSI FB MILIKNYA

MAKLUMAN : Mungkin sesetengah daripada anda dah tahu isu yg melibatkan Al-Humaira’ Contemporary (AHC) dan juga seorang artis yg baru beberapa bulan bertudung yg juga merupakan bekas duta AHC. Sampaikan dah mendapat liputan media yg agak luas…

Apa yg boleh kami katakan buat masa sekarang, kami amat sedih dgn apa yg berlaku dan terkilan kerana dituduh pelbagai pihak dgn kata2 kesat, cacian dan ugutan yg langsung tak menggambarkan keindahan Islam yg mereka perjuangkan. Amat tidak adil untuk kami kerana mereka langsung tidak tahu pokok pangkal dan sebab musabab kenapa kami mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak artis tersebut…

Tindakan utk menamatkan kontrak beliau tiada kaitan dgn penolakan kami kpd ajaran Islam ataupun menolak konsep rezeki Allah seperti yg diperkatan oleh pengikut beliau. Cuma objektif sebenar kontrak yg telah kami tandatangani sebenarnya tidak mencapai matlamat spt yg kami harapkan & pihak kami sebenarnya berhak mengikut undang2 utk menamatkan kontrak pada bila2 masa as we deem fit according to situation / circumstances. Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect keputusan ini.

Harap maklum. Jika anda ada sebarang komen, komenlah dgn akhlak dan kata2 yg baik. Terima kasih. :-)

P/S:-Nak menyokong, sokong lah, jangan jadi penyokong yang bodoh…takut dari suka, jadi benci

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Dibatalkan”

  1. keriel says:

    Klau betul perniagaan dia terjejas disebabkan Abby, mmg syarikat tu berhak nk tamatkan. Sesiapa pun tk nk rugi dlm berniaga. Itu kita kna faham cara org bisnes.

  2. Nadge says:

    Betul bro. Keriel. Orang yg betul2 bisnes tak larat nak berpolitik. Asal dapat untung, jalan :-)

  3. [...] penjelasan terbaru pihak Al-Humaira berkaiatan isu kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Dibatalkan sumber facebook page [...]

Leave your comment here: