TERKINI-Kisah Sebenar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina  | NescafeAis.Com


.

TERKINI-Kisah Sebenar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina

February 25th, 2013 9 Comments .
.

ddd

Sunguh kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan.

Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa?

Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting.

Sekarang ini beliau telah berikan “baton” pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri?

Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….

Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran

KLUANG:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. SUMBER : BERNAMA]

Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.

Ada penceroboh bersenjata ceroboh rumah kita, nak ambil “harta” kita. Dalam hal sebegini, “kill or be killed”. Pilih yang mana satu?

Mengapa apabila dengan rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh
kedaulatan dan keamanan negara?

dd
Mengapa?

Lanjut tempoh dengan harapan pencerobah Lahad Datu Sabah akan menyerah kalah dan mereka akan pulang dengan aman? Adakah itu harapan yang cuba diberikan disebalik isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?

Selepas itu akan akan datang, mereka akan buat lagi…..

Adakah ini ada kaitan dengan kegusaran Menteri yang masih lagi tidak memberikan arahan tembak kepada kalangan askar terlatih kita, dek kerana brisiko & bahaya lambakan kumpulan Filipina ketika ini yang berkampung di Sabah sejak sekian lamanya “Projek IC sabah” seperti dibongkarkan

Dan kepada penceroboh Lahad Datu Sabah oleh penceroboh Sulu ini. Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.

  • Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
  • Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang
  • Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British
  • Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
  • Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan.
  • Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jadi nasihat kami, lupakan sahaja Sabah ini.

Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?

  • Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
  • Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
  • Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia

Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu?

dd

ss

ssdd

dd

dd

dd

dd

Jikalau berdegil juga, ada baiknya askar Malaysia tembak sahaja demi keselamatan semua rakyat Sabah amnya. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan Malaysia jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Ini melibatkan maruah negara. Sudah terlepas masuk ke dalam negara penceroboh yang mengatakan mereka waris raja Sulu sudah dikira bpenghinaan kepada keselamatan negara Malaysia. Kami mahu segera tarik keluar penceroboh (waris Sultan Sulu) dari kawasan kedaulatan Malaysia(Lahad Datu Sabah)

Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :

  • Di Amerika : Arizona border agent shoots, kills man suspected of illegal crossing (Sumber : Reuters)
  • Di Iran : Detention of american hikers/spies (allegedly crossing into Iran) (Sumber : Wikipedia)
  • Di Korea Utara : North Korea sentences US journalists to 12 years hard labour (Sumber : Telegraph)
  • Di Rusia : Chinese workers arrested in Russia for illegally crossing border (Sumber : Peopledaily.com.cn)
  • Di Israel : Saudi man home after 6 years in Israeli jail for border crossing (Sumber : Digital Journal
  • Bagaimana pula di Malaysia? Pencerobohan Lahad Datu Sabah? Penyelesaiannya?

Apa pandangan anda pula mengenai perkembangan isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?

sumber asal:beritasemasa.com

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

9 Comments to “TERKINI-Kisah Sebenar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina”

  1. Aku says:

    Kes memali dulu bukan ke ada polis & askar dah mati kena tembak. Tu yg kena gempur tu….

  2. Dr.Malindo says:

    tiap negara yang berdaulat saperti Malaysia,perlu mempertahankan sempadan negara.Ini..pendatang asing tanpa izin dari Indonesia tiap hari masuk ke malaysia,ini tentera kesultanan sulu tiba tiba dah berada di lahad datu Malaysia.macamana boleh masuk..??tak ada yang memantau,jadi negara lain tahu Malaysia mudah ditembus,askar sulu yang tidak canggih dan tenaga kerja tanpa izin dari Indonesia yang tak berapa faham tentang perairan Malaysia(walau dibantu oleh calo/agen) juga boleh masuk ke Malaysia,apa lagi kalau yang punya kelengkapan canggih..tiba tiba dah berada di PutraJaya..hah macamana..setahu saya pernah warganegara Israil masuk ke Malaysia(entah entah agen israil),sebab saya pernah jumpa beliau di Jakarta.tembak aja siapa yang masuk malaysia tanpa izin..

  3. rosli bakar says:

    Btui lew

  4. mia says:

    Geram dengan apa yang terjadi…

  5. cica says:

    berunding dengan kesultanan sulu bererti pertama mengiktiraf keujudan nya, kedua, memberi masa untuk penceroboh memperkukuhkan kedudukan mereka. You don’t have to be a rocket engineer to understand that.

  6. Aku Anak Sabah says:

    dalam saat2 genting sekarang, marilah kita ketepikan soal politik,soal tak sebulu tak sependapat,kita satu negara bagaikan satu keluarga, mari kita saling bantu membantu,jangan saling tunding menunding jari,menyalahkan antara satu sama lain..belajarlah dari pengelaman yg sudah, musuh akan sentiasa mengintai2 dan mencari peluang bila kita tidak bersatu padu, ingatlah bagaimana terjadinya kejetuhan Empayar Melaka, belajarlah dari sejarah yg lalu, bila kita tidak bersatu padu, saling fitnah memfitnah,saling menimbulkan perpecahan,maka mudah untuk anasir luar menyerang kita, kerana kita sudah lemah saling mementingkan kuasa,gila kuasa,gila wang maka ingatlah kita akan musnah,kita akan terusir dari negara sendiri, musuh2 yg memang sudah lama menanti saat2 ini akan mula mengatur strategi seperti sekarang ,seperti apa yg berlaku di Lahad Datu Sabah…bangun wahai anak peribumi Sabah, hanya dirimu yg dapat mempertahankan tanah air Sabah yg kita cintai ini, mari,ayuh suku kaumku, Kadazan/Dusun/Murut/Bisaya/Brunai/Kedayan,Lundayah/Lunbawang/Bajau..mari kita bersatu padu..Sabah milik kita bukan milik Kesultanan Sulu yg sudah pupus itu..ayuh!!!!!!!!!!!!!!!!! bangun…jangan matamu dikeburi dengan RM..ayuh!!!!!! kembalikan semangan Peduka Mat Salleh,Pak Musa,dan pahlawan Kadazan/Dusun yg lain…..

  7. Alisya says:

    Betul tu ! Takpayah nak merunding lagi. Keadaan makin teruk. Kita kan satu negara dah bagaikan satu keluarga. Tolong saling bantu membantu. Bersatu menentang mereka yang menceroboh ! Semoga Sabah selamat :’) Aminnn ~

  8. Zailan Ismail says:

    kalau dah dasar fanatik pembangkang, semua yg krjn buat tak kena, aku agak kalu PR memerintah yg dipimpin oleh nuar berahi, hadi awng, guang eng atau n. ajis dah lama Malaysia ni lingkup digadai oleh menatang2 yg gila kuasa

  9. sayang malaysia says:

    sbb ade tali barut ..maka mudahlah askar sulu buat kerja(menceroboh)…x perlulah nak pertikai ape yg kerajaan buat..sblm kejadian ni pun semua org tk pernah amek tahu pasal kesultanan sulu…pasal sabah..dah terjadi mcm ni semua org sibuk nk tahu asal usul org sulu ni…bile dah tahu..semua org buat statment mcm2..bercakap mmg senang ..x semudah melaksanakannya…dlm situasi mcm ni..kite patut bg sokongan yng positif pd pihak yg terlibat….negara kite aman je sblm ni..siapa jangka kite akan diceroboh dan mayat perwira kita akan di zalimi mereka yg beragama islam spt kita..siapa sangka semua ini..kita ni sbg rakyat patut bersatu memberi sokongan moral dlm hal ini..ketepikan lah bab politik2 ni…
    bukan memperlekehkan…kalau sesiapa yg ade cadangan yg dirasakan boleh menyelamatkan keadaan..pergilah bg cadangan korang..bukan dengan mengutuk2…tak malulah korang mempelekehkan pasukan keselamatan negara sendiri….renungkanlah

Leave your comment here: