WTF:Kerajaan China Paksa Wanita Gugur Kandungan 7 Bulan (Gambar) | NescafeAis.Com


.

.

WTF:Kerajaan China Paksa Wanita Gugur Kandungan 7 Bulan (Gambar)

June 15th, 2012 2 Comments .
. Gambar Feng Di katil Hospital Di Sebelah Mayat Anaknya

Kerajaan komunis China yang sangat-sangat kejam, kerana tak mahu populasi rakyat negaranya bertambah…ibu ini dipaksa menggugurkan bayinya yang berusia 7 bulan!!!!

Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet.

Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.

Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja.

Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.

Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet. Feng dan suaminya membantah pengguguran itu

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “WTF:Kerajaan China Paksa Wanita Gugur Kandungan 7 Bulan (Gambar)”

  1. vee avi says:

    aduhh…aku tengok pun sakit hati…….

  2. ida says:

    aku lagila sakit hati…kejam sgt

Leave your comment here: