Kepala Babi Ditemui Di Pintu Masuk Masjid Al-Falahiah, Johor | NescafeAis.Com


.

Kepala Babi Ditemui Di Pintu Masuk Masjid Al-Falahiah, Johor

December 30th, 2011 0 Comments .
.

Kepala Babi Ditemui Di Pintu Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru – Kepala Babi Di Masjid Al-Falahiah, Johor
gambar kepala babi

Seperti ada pihak yang ingin bermain dengan API….

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

kepala

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Kepala Babi Ditemui Di Pintu Masuk Masjid Al-Falahiah, Johor”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: