Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013 | NescafeAis.Com


.

Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013

October 2nd, 2012 8 Comments .
.

telefon pintar

Had Umur Kelayakan Dapat Rebat Telefon Pintar RM200 Dinaikkan: Had umur untuk layak mendapatkan rebat telefon pintar RM200 yang diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan bajet 2013 bakal dinaikkan kepada 40 tahun selepas Datuk Seri Rais Yatim meminta kementerian mengkaji semula syor tersebut.

Menurut Datuk Seri Rais Yatim, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu telah menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat.

Walupun begitu, takrif untuk belia adalah golongan yang berusia 40 tahun ke bawah, kata Rais dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengemukakan syor berkenaan.

Semasa ditanya oleh pihak media, Rais memberitahu kementerian itu masih belum menetapkan kaedah untuk menyalurkan bantuan dalam Pakej Komunikasi Belia itu. Beliau diminta menjelaskan kaedah tersebut disebabkan timbul kebimbangan bahawa bantuan itu akan disalahguna.

p/s:- Aku masih kurang paham, apa kepentingan telefon pintar @ Smartphone berbanding dengan harga gula yang naik 20 sen..nampak kecik, tapi yang naik ni ‘IBU’ dia, secara automatik barangan lain yang menggunakan gula, akan naik..

UPDATE:-klik untuk syarat rebat rm200 telefon pintar

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

8 Comments to “Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013”

  1. Crew Fathi says:

    Hohoho… tapi hp apa ya yg berharga rm200? hurmm…

  2. siti says:

    rebate x tahu kew? kalau xnak beli sudah..
    skang dunia makin maju. ramai je yg guna smartphone, so, ok la tuh..
    yang xnak beli dah laa..

  3. aaa says:

    ha’ah.. duitnya dari mana duit tu cik siti ooi… sebab tu orang pertikai…

  4. Gunting says:

    haha , gilaa

  5. nurul athirah says:

    bdk umur 17 taun boleh ke dapat rebat nie ??

  6. salim I says:

    ayat apa ni? ” rebate x tahu kew? ” KEW tu tak tepat. siapa guru BM dia ni…

  7. qish says:

    kan..ramai yg nk kan rebat tu termasuk qish sendiri…tp difikir semula..dri mana aslnya duit tu smpai bleh disalurkan ke rakyat…dan apa yg admin tulis tu pun betul gak..apa salahnya kalau gula/minyak dll yg sdg hgt di perkatakan tntg kenaikan harga tu di kurangkan… :)

  8. zaa says:

    cm ner nk dapat??ke g kdai fon kt die trus bg rebat atau pun ad voucher dr kerajaan…sapa tau pliz kongsi..

Leave your comment here: