Kelayakan Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Kali Kedua

Seperti dijangka, Bantuan BR1M diteruskan lagi dalam pembentangan Bajet 2013 kali ini. Berapa jumlah bayarannya? Apakah kelayakan Bantuan BR1M Bajet 2013 kali ni?Bantuan BR1M 2.0 Malaysia sekali lagi diumumkan dengan BR1M 2.0 kali ini dilihat ada penambaikan apabila….
Kriteria Bantuan Br1M 2.0 Malaysia, yang mana golongan bujang puntak terlepas mendapat habuan sebanyak RM250 dalam BR1M 2.0 Kali ni, Peruntukkan Bantuan BR1M 2.0 Malaysia 2013 kali ini adalah sebanyak RM3 bilion

Berikut syarat kelayakan BR1M 2.0 2013
Bujang (Terbaru BR1M Bajet 2013)
- Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
- Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
- Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
- Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Isi Rumah
- Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
- Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
- Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
- Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
- Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013?
Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Tetapi….jikalau anda pemohon baru bantuan BR1M 2.0 2013 ini, apa yang perlu anda lakukan selepas ini adalah :
- Mula mendaftar mulai November 2012 ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda. Itu sahaja….
- Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.
Nampaknya sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak, ahli-ahli Parlimen akan kembali sibuk macam bantuan BR1M yang lepas sebelum ini untuk mula mengagihkan Bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini kepada penerima
P/S : Apa pandangan balas korang pula dengan pemberian Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 ?
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:







16 Comments to “Kelayakan Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Kali Kedua”
[...] Borang BR1M2.0 BAJET 2013 untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 bajet 2013 saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini. Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia. [...]
Di beri kita terima…terimakasih ajelah….
rezeki.terima kasih kerajaan malaysia. 1 MALAYSIA.
kalau duda ada anak masuk dlm kategori macamana plak ? sy ada anak 3 tp anak sume dgn bekas isteri… tp kan kena bg nafkah every month… tolong explain sesapa yg tau..
Saya telah menerima BRIM 1 dahulu dan telah berpindah alamat,adakah saya perlu pergi ke Pejabat berkenaan untuk tujuan tukar alamat atas memadai dengan mengunakan secara online sahaja.
saya sudah berkahwin tetapi tidak tinggal bersama suami adakah kami boleh mohon br1.m 2.0 atau salah satu sahaja layak mohon ?
saya ada dengar kabar yang dengar dengarnya kalau yang pernah terima rm500 dulu TIDAK akan menerima bantuan rm500 lagi..betul kah tu?URGENT!!!!!!!!! REPLY ME
saya sayang malaysia!(sambil tunjuk tapak tangan)
trima kash yb. Dato Najib krn mbri peluang kpd rakyat kali ke2 utk mnerima br1m,semoga rakyat malaysia mghargai br1m.hidup Najib,,hidup BN..1malaysia
Terima kasih kepada pm kita …Datuk najib..
saya dah isi borang brim 2.0 untuk ayah secara online..so macam mana nak tahu kalau dah dapat..
Tq Pm kerana membantu Rakyat…God bless always..Sabah…
SAYA HUSSIN BIN RAHMAN KP. 490302015481 MASIH BELUM DAPAT BR1M 2.0
28 jalan remia 6 Kota jaya 81900 Kota tinggi johor
kenapa kami yang cukai income-tax tidak dikurangkan untuk kami yang berpendapatan RM4t membebankan rakyat. Kenapa resit belian buku itu perlu. padahal kalau anak ramai belian buku rujukan dan buku latihan dah lbh dari cukup.knp kami pun x dberi bantuan dari pelepasan cukai pendapatan.
KENAPA TIDAK LAYAK TERIMA BRIM 2.00-PADAHAL SAYA TAK KERJA DAN UMUR WARGA EMAS-500811-08-5417-didalam surat tu kata ‘TIDAK LAYAK’ kenapa pulak. Saya cukup syarar untuk dapat BRIM 2.00 tu…Mana yang dijanjikan itu