Kekasih Panas Baran Bakar Teman Wanita (Gambar Suspek) | NescafeAis.Com


.

Kekasih Panas Baran Bakar Teman Wanita (Gambar Suspek)

August 15th, 2012 2 Comments .
.

KOMA DIBAKAR

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

-Sumber myMetro

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG BUDAK LELAKI INI ( DANI TIGER ) SILA HUBUNGI BALAI POLIS BERDEKATAN, SUSPECT KES CUBAAN MEMBUNUH DGN MEMBAKAR MANGSA, MENGGUNAKAN MOTORSIKAL HONDA EX5 BLN 3093.

SUSPEK ( https://www.facebook.com/dani.tiger.9)

BAKAR

MANGSA ( https://www.facebook.com/nurul.firzanah.73 )

Untuk maklumat terprtinci sila klik:sini

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Kekasih Panas Baran Bakar Teman Wanita (Gambar Suspek)”

  1. mataHARImau says:

    Baru kena bakar kat dunia..dah meraung-raung minta tolong mak.
    Kalo kat akhirat sapa nak tolong?
    Kecik-kecik dah nak mengatal, pandai buat pandai tanggung!

  2. [...] Tiger yang bakar awek dia ni jadi famous sebab dicari polis dan wajah dia disebarkan kerana kes Bakar Teman Wanita ketika bulan pose lepas, sampai tak sempat beraya budak perempuan tu, kesian sungguh.Tapi pagi tadi [...]

Leave your comment here: