Kekasih Gelap Jalani Sidek Buat Pengakuan | NescafeAis.Com


.

Kekasih Gelap Jalani Sidek Buat Pengakuan

December 4th, 2011 1 Comment .
.

gambar kekasih gelap jalani

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, dikatakan tahu mengenai skandal di antara Jalani Sidek, dengan rakan perniagaan suaminya itu yang dikenali sebagai Zaleha Mohd Khalid.

Zaleha, 47, yang tampil menemui wartawan akhbar sisipan Berita Minggu, B*Pop, mendakwa dia punya hubungan istimewa dengan Jailani sejak lebih setahun lalu dan pernah terbang ke Medan, Indonesia, bersama ‘kekasih gelap’nya itu atas urusan perniagaan.

“Saya dan Jalani rapat, hubungan kami pada tahap serius.

“Saya akui saya sering bersama Jalani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jalani. Anak-anak, keluarga dan tema mengetahui hubungan kami, malah saya dan Jalani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi.

“Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.

Desas-desus sebelum ini menyatakan suasana rumahtangga Raja Azmi – Jalani berantakan dan pasangan itu kemudiannya tampil membuat kenyataan akhbar menafikan dakwaan tersebut serta menjelaskan hubungan mereka bahagia, bahkan bakal menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka kali ke-28 tidak lama lagi.

Bagaimanapun, dikhabarkan juga mengenai ‘orang ketiga’ berkulit cerah yang dilihat begitu mesra berjalan seiringan dengan suami Raja Azmi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipercayai baru pulang dari luar negara.

Sehubungan itu, Zaleha tampil memberitahu media bahawa dialah ‘kekasih gelap’ Jalani sebagaimana yang dimaksudkan gosip tersebut.

Menurut Zaleha, Raja Azmi tidak pernah menyekat perhubungannya dengan Jalani dan penerbit filem ‘…Dalam Botol’ itu juga sering menyayangi antara satu sama lain.

“Seperti dijelaskan, Raja Azmi tidak pernah menghalang perhubungan kami. Malah ada ketikanya Raja Azmi turut bertandang ke rumah saya, begitu juga saya. Kami saling mengunjungi.

“Hubungan saya dengan Raja Azmi tidak pernah bermasalah, malah saya menyayanginya sebagai kakak, begitu juga Raja Azmi menganggap saya seperti adik,” ujarnya lagi.

Meskipun Zaleha menceritakan hubungannya dengan Jalani ‘direstui’ keluarga, tidak pula dinyatakan kepada media sama ada mereka sudah rasmi bernikah.

kekasih gelap jalani

Sumber – Mynews Hub dan Rotikaya

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Kekasih Gelap Jalani Sidek Buat Pengakuan”

  1. darnyarania says:

    APA PUNYA PEREMPUAN

Leave your comment here: