Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM 9/7/2012 | NescafeAis.Com


.

Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM 9/7/2012

July 9th, 2012 1 Comment .
.

amuk di jpm

Gambar Pasangan Mengamuk Di Kompleks Jabatan Perdana Menteri JPM

Pasangan mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya ditembak pihak berkuasa : Pasangan dipercayai suami isteri mengamuk atau menyerang JPM putrajaya dengan samurai dan kemudian cedera ditembak.

kejadian amuk di jpm 9/7/2012
 

Pasangan Menyerang JPM Putrajaya Ditembak

Seorang lelaki dan wanita, dipercayai adalah pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas bertindak diluar kawalan membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Semasa kejadian sekitar 2.30 petang itu, pasangan tersebut cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai. Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh (Ketua Polis Kuala Lumpur) ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecohan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi telah meninggal dunia.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka, namun kedua-duanya bertindak ganas dan bertindak memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan tersebut.

Cubaan anggota polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas lagi tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan mengenai mereka.

Dalam tembakan itu, suspek lelaki telah cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut .

amuk di jpm,
*UPDATE – dia kata dia IMAM MAHADI..

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM 9/7/2012”

  1. [...] kejadian amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 9/7/2012. berikut kenyataan penuh kejadian dua pasangan yang mengamuk di JPM yang disiarkan di [...]

Leave your comment here: