Jawapan Erin Malik Tentang Kontroversi Tindik Lidah | NescafeAis.Com


.

Jawapan Erin Malik Tentang Kontroversi Tindik Lidah

August 18th, 2011 2 Comments .
.

Kontroversi terbaru mengenai pelakon muda kecik molek, Erin Malik, 17 (alahai..budak lagi…huhuh)  yang secara terbuka menunjukkan tindik pada bahagian lidah di sebuah rancangan televisyen tv9, baru-baru ini. Hasil daripada pendedahan lidah bertindiknya,macam biase la,ramai yang hina dan kutuk dia..(memang patut pun)..dan berikut jawapan dia tentang isu lidah tindik si Erin Malik ni..Alahai comel dakni,tapi sayang…yang tak elok jugak dia ikut…huhuhu.

“Ada orang cakap I jadi macam ni kerana bapa I kahwin lain, ada yang mendakwa I jenis sosial & bermacam lagi yang dilemparkan kepada I. I mengaku buat salah kerana bertindik di lidah,  I mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak & sebagainya. Tetapi, I bukan jenis sosial.

“I jenis yang buat salah sekejap je, lepas tu insaf balik. Sebagai remaja, ada perkara yang dilakukan oleh I merupakan benda yang tidak dirancang. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Keluarga juga tau apa yang I lakukan, mereka tetap menegur I. Cuma, ada masanya apabila I geram, I akan rebel,” kata Erin Malik dalam nada serius.

“Walau bagaimanapun, Erin akan tanggalkan tindik ini apabila terlibat dengan lakonan,” jelas Erin Malik mengenai tahap profesional sebagai pelakon.

Erin Malik memaklumkan bahawa dia bersikap positif terhadap apa sahaja dakwaan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.

“Erin tak marah, mungkin daripada luar orang nampak Erin ni jahat. Tapi, Erin minta kepada mereka yang tidak mengenali diri ini secara peribadi, supaya jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada Erin. Kepada sesiapa yang salah faham, anda boleh dapatkan penjelasan penuh daripada Erin seperti dipaparkan dalam rancangan tv berkenaan,” kata Erin Malik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

P/S:-Dia lebih sayangkan tahap professional dia sebagai pelakon dari tahap professional dia sebagai hamba ALLAH..di bawah gambar Erin Malik dengan lidahnya yang bertindik..

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Jawapan Erin Malik Tentang Kontroversi Tindik Lidah”

  1. CMRatu says:

    huhu.. comel budak ni tapi tu la sayang, akhlak dah rosak.. bab agama ni, bukan takat artis ja.. :(

  2. ZouL says:

    ish ye ke.muka cun tapi tindik2 huhu

Leave your comment here: