Januari 2012: Tarikh Bayaran Bantuan RM500 | NescafeAis.Com


.

Januari 2012: Tarikh Bayaran Bantuan RM500

October 12th, 2011 10 Comments .
.

rm500

Kerajaan akan menyalurkan bantuan Rm500 yang digelar bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 seperti yang dinyatakan dalam bajet 2012 yang lepas bermula Januari 2012.Tarikh akan dimaklumkan kemudian

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

10 Comments to “Januari 2012: Tarikh Bayaran Bantuan RM500”

  1. triple x says:

    ada kemungkinan tak orang yang kerja sendiri dengan pendapatan lelbih dari RM3000 boleh dapat bantuan ni sekiranya mereka menyatakan pendapatan mereka kurang dari RM3000. Bagi yang bekerja dengan kerajaan atau pejabat swasta mungkin tak boleh menipu sebab mereka ada slip gaji dan di swasta pula penyata pendapatan mereka dihantar ke LHDN macam mana dengan peniaga di pasa malam atau yang sewaktu dengannya… di sini mungkin ujud ketidak adilan dan rasa tidak puas hati kepada beberapa pihak. Mintak2 kerajaan atau agensi yang berkaitan membuat penelitian yang serius terhadap perkara ini supaya hasrat murni kerajaan membantu rakyat yang susah benar2 mencapai matlamat dan tidak tersasar..

  2. ingin mendaftar tapi macam mana…..

  3. Balasaraspathy says:

    saya yang bernama di atas saya tidak berkerja suamipun tak kerja saya mempuyai 4 0rang anak anak 1kerja kilang anak 2 sakit lupoh ,anak ke 3,4 masih belajar, E-KASIH bagi bantuan untuk saya nak berniaga di depan rumah.terimahkasih.

  4. LINNETTE says:

    ada seorang lelaki berumur 70++ dan seorang perempuan berumur 60++ mereka tiada berkaitan (no relationship) tidak berkahwin tiada anak tinggal bersama di PPR Bandar Tun Razak sedang menerima bantuan RM300 setiap bulan seorang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Soalan saya :
    1) adakah mereka layak untuk menerima bantuan RM500 ?
    2) perseorangan / bersama ?
    3) masih perlukan mereka berdaftar dengan LHDN ?

    tolong beri penerangan yang jelas. saya perlu menjelaskan kepada mereka

    maklumlah dia orang tak fasih dalam bahasa melayu

    terima kasih

  5. [...] . . . Digg DiggSEMAKAN ONLINE BR1M – STATUS PERMOHONAN BANTAUN RAKYAT RM500 – TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 RAKYAT 1 [...]

  6. lizes liz says:

    aku mau seadanya hehehe

  7. NURISYAH says:

    tidak adakah bantuan lain lagi untuk IBU2 tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah?

  8. Logendran says:

    Saya berdapatan RM1500, selepas potongan EPF dan SOCSO dapat RM 1270.
    saya ada seorang anak berusia 1 tahun 9 bulan dan ada hutang bank untuk rumah, peribadi dan kereta yang berjumlah RM800 dan untuk tampung keluarga RM300. saya tak dapat menampung keluarga dengan pendapatan saya yang kurang setiap bulan. dah 1 tahun sehingga sekarang saya cari kerja tapi tak dapat kerja baru. boleh saya dapat bantuan daripada e-kasih

  9. Me says:

    Saya bpendapatan RM1900, mempunyai tiga org cahaya mata dan ibu tunggal. knapa permohonan saya utk wang bantuan RM500 ini tidak diluluskan?? Menjadi pertanyaan saya hingga ke hari ini…

Leave your comment here: