Isu BINTULU DAIF Nurul Syuhada Mohon Maaf | NescafeAis.Com


.

Isu BINTULU DAIF Nurul Syuhada Mohon Maaf

September 3rd, 2012 9 Comments .
.

nurul
Kerana kenyataan DAIF ni, Nurul Syuhada teruk dihentam oleh rakyat Sarawak..baca kenyataan di bawah:-

Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia.

Syuhada, ” Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak…

Fedtri, ” Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching….

Syuhada, ” kawasan luar bandar yang DAIF tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan…berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri….

Dan disebabkan kenyataannya itu Nurul Syuhada dihentam rakyat sarawak???..kahkahkahkah..Isu kenyataan ‘Bintulu Daif’ turut mendapat kritikan beberapa pihak terutamanya individu dan beberapa Pemimpin Parti Politik dan Kerajaan Negeri Sarawak berkaitan isu tersebut

 

 

Nurul Syuhada akhirnya tampil membuat kenyataan pertama menerusi Twitter memohon maaf kepada penduduk Bintulu dan masyarakat Sarawak secara amnya atas keterlanjuran mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malah Nurul Syuhada turut mengeluarkan kenyataan terperinci menerusi laman Facebook beliau memberi penjelasan sebenar sepanjang perjalanan liputan tersebut.

Stesen TV3 menjelaskan bahawa penyampaian pengacaranya semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai Bintulu, salah satu bandar utama di Sarawak, telah disalah tafsir.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kenyataan pengacara TV3 itu semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan telah menjejaskan reputasi Bintulu.

Beliau berkata, kenyataan Nurul Syuhada bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu tetapi juga Sarawak dan dengan itu beliau meminta stesen televisyen itu segera memohon maaf secara terbuka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, tidak sepatutnya wujud kesangsian mengenai pemilihan Bintulu sebagai pusat sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September kerana ia mempunyai keupayaan untuk menjadi tuan rumah acara itu.

Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, kata beliau semalam.

Ok..aku tak paham apa isunya yang diorang ni dok bengang sangat. Jom kita baca semula apa yang dicakapkan oleh Nurul Syuhada

kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan…berjaya dan terusn mengangkat bandar itu sendiri.

Ayat dia kawasan luar bandar (bintulu) yang daif Tapi melalui pelan transformasi..cuba pahamkan dan baca sampai habis, senang je nak tangkap apa maksud dia, Bintulu dulunya kawasan yang daif tapi telah dibangunkan dan sekarang dah tak daif..so maksudnya Bintulu dah membangun..takkan tu pun nak jadi isu..tak paham aku dengan jenis orang yang baca tak habis ni, takkan la ayat semudah itu pun tak paham.

Tak pasal Puan Nurul kita nak minta maaf bagai..dan kepada rakyat Sarawak yang masihmarah tu, rileks la, takda apa yang nak dimarahkan.

 

bintulu

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

9 Comments to “Isu BINTULU DAIF Nurul Syuhada Mohon Maaf”

  1. Crew Fathi says:

    Hurmmm… mcam2 hal depa nieh… Hohoho

  2. apa says:

    mmg daif pun,,hakikatnya bintulu merupakan kawasan pengeluar gas asli,,malah penyumbang utama ekonomi malaysia,,tapi d lacur,,masih ramai setingan tidak terbelA,,,kenyataan nursyuhada tu betul2 menyakitkan hati penduduk bintulu,,apa tidaknya sejak hasil bumi nya d lacur baru sekarang kerajaan semenAnjing nak menyibuk transformasi segala,,,kenyataan itu bagi orang sarwak umpama,,orang semenanjing menikmati kemajuan hasil gas asli bintulu lalu diketawakan masih daif,,,anda faham tak tu?

  3. Emir Kura says:

    Member tu dah siap jelaskan stetment & mintak maap dah kan? Lu punya hangin macam nak terbalik dunia ni. Rileks laa bro, kita kan 1Malaysia. Btw, stetment balas lu ‘SemenAnjing’ tu pun boleh tahan kurang ajar. Hangin gua ni lu nk taruk mane?

  4. anak bintulu says:

    tak akan lah dah jadi pengacara pun kena ulang balik belajar bahasa melayu kot?? susunan ayat tu biar bagi betul supaya tidak mengelirukan pendengar nya…That’s not what we call PROFESIONAL!!!!!shamed

  5. Bintulu cheongster says:

    I don blame the person she just naive , i blame the education and public information. Not doing any thing useful but misleading people to think that place like bintulu is just a normal town

  6. [...] sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan isu Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber [...]

  7. boy says:

    Isu dah lama sgt..srwk dianggap daif…aku pg lawat bintulu sama je mcm bandar muar…double standard sedangkan kat sinipun byk jgk tpt daif…semua tpt same je…jgn rendahkn org srwk…kek ko nak org kate tpt ko byk jenayah satu ketika dulu? Nak?

  8. KL Gangster says:

    Kenape ler siNurul tu tak cakap Bintulu tu macam New York ke, London ke, ataupun Tokyo ke… barulah kembang pungkok orang Serawa lebih2 lagi rakyat Bintulu sendiri… kahkahkah…. benda kecik macam tu pun nak heboh satu dunia. Memang orang Bintulu ni betul-betul bintolol lah….

  9. mail lambung says:

    sy setuju kalau nurul cakap bintulu daif.. Tp.. Bukan dari segi pendapatan.. JALAN RAYANYA YANG TERAMAT2 DAIF.. TERLALU DAIF.. LUBANG SANA SINI.. BONGGOL2.. JALAN X RATA.. DI TGH2 JALAN ADA MAINHOLE.. YA MEMANG BENAR BINTULU.DAIF DARI SEGI PENGURUSAN JALAN RAYA NYA.. SEJAK LAHIR X PERNAH MERASA JALANRAYA STEADY.. MEMANG RASA MACAM NAIK KUDA.. HEHE.. SORRY CAKAP CAMTUH.. TP ITU KENYATAANNYA. .!!!

Leave your comment here: