Isteri Ameng Menangis Setiap Hari Kerana Rindukan Ameng Spring | NescafeAis.Com


.

Isteri Ameng Menangis Setiap Hari Kerana Rindukan Ameng Spring

August 9th, 2012 0 Comments .
.

Isteri Ameng Menangis Setiap Hari Kerana Rindukan Ameng Spring

Sabariah Zakariah, isteri kepada Ameng (Spring) mengakui terpaksa menahan sedih apabila terpaksa menjalani kehidupan tanpa suami yang dihukum penjara atas kesalahan dadah pada April tahun lalu.

Sabariah berkata berkata, ketiadaan Ameng bagi menjalani hukuman penjara di Kluang, Johor benar-benar membawa kesan dalam kehidupannya apatah lagi terpaksa menjaga anak tunggal mereka, Wan Ahmad Haizal yang berumur 5 tahun secara sendirian.

sss

Sabariah bersama anaknya, Ahmad.

“Bukan mudah untuk menempuh kehidupan tanpa suami. Hampir setiap hari saya menangis, tetapi mengenangkan anak yang tidak tahu apa-apa, saya cuba pendam perasaan sedih itu daripada dilihat anak.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan rindu saya terhadapnya. Saya hanya mampu berdoa dan kuatkan semangat diri agar fikiran lebih tenang serta dapat membesarkan anak sebaik-baik mungkin.

“Jika sebelum ini saya runsing memikirkan bagaimana mahu menyara keluarga memandangkan sebelum ini saya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi alhamdulillahlah sekarang ini saya mampu menampung keluarga dengan wang hasil kerja sebagai guru tadika,” katanya.

Tambah Sabariah, lebih sebak lagi apabila tahun ini merupakan kali kedua dia dan anaknya terpaksa beraya tanpa Ameng dan mereka hanya dibenarkan melawatnya pada Hari Raya ketiga.

Malah, kedatangan Ramadan turut mengingatkannya bagaimana gelagat Ameng yang gemar ke bazar membeli juadah berbuka puasa bersama.

“Setiap kali Ramadan, perasaan saya lebih sebak daripada biasa. Habis semua memori lalu diimbas kembali bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya.

“Saya ingat lagi, setiap kali membeli juadah berbuka, lauk gulai kawah antara makanan yang wajib dibeli Ameng,” ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan Ameng di penjara, Sabariah berkata suaminya menjalani hukuman seperti yang ditetapkan dan dia sentiasa menjaga tingkah laku kelakuan diri agar hukuman yang dikenakan dapat dikurangkan.

“Saya ada melawat Ameng pada Ramadan pertama (21 Julai 2012). Keadaannya seperti biasa dan lebih tenang,” katanya.

Pada 12 April lalu Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan berkaitan dadah.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Isteri Ameng Menangis Setiap Hari Kerana Rindukan Ameng Spring”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: