Irma Hasmie Nikah 1 Julai 2012 | NescafeAis.Com

.
per0dua yahoo 1bulan 12/5/2013-12-06-2013
.
paksu yahoo 2 bulan 11/3/2013-11-05-2013
.
halimislam 1 bulan 7/7/2012-7-11-2012

Irma Hasmie Nikah 1 Julai 2012

March 25th, 2012 0 Comments
.

IRMA HASMIE NIKAH 1 JULAI| Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan irma hasmie yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma Hasmie dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Irma mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat. Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.3/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Irma Hasmie Nikah 1 Julai 2012, 9.3 out of 10 based on 3 ratings
.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Irma Hasmie Nikah 1 Julai 2012”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

hanif 19/12/2012-19-06-2013 yahoo.. 6 bulan
. hanif proton 3 bulan 9/5/2013-9-10-2013
.

RESPON TERKINI PEMBACA

ARKIB BLOG