Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012 | NescafeAis.Com


.

.

Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012

August 2nd, 2012 0 Comments .
.

Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:

Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Stop114A bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai Internet Blackout Day  yang dirancang pada 14 Ogos 2012 ini.

Sumber:Amanz

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Internet BlackOut Day Pada 14 Ogos 2012”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!