Layakkah Ibu Yang Mendera Bayi Ini Bertemu Kembali Dengan Anaknya?  | NescafeAis.Com


.

.

Layakkah Ibu Yang Mendera Bayi Ini Bertemu Kembali Dengan Anaknya?

July 7th, 2012 5 Comments .
.

Layakkah Ibu Yang Mendera Bayi Ini Bertemu Kembali Dengan Anaknya?

Masih ingat Video kanak-kanak dipkul dan didera yang heboh dulu?. Video berdurasi 4 minit 19 saat itu menjadi bukti jelas sikap kejam seorang yang bergelar ibu terhadap anaknya. Semasa video itu tersebar dengan meluas menerusi media, Ika sedang menerima hukuman setimpal terhadap perbuatannya.

“Saya terima hukuman ini dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa…” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang video rakaman penderaan terhadap anaknya telah tersiar dengan meluas menerusi media.

Dia yang telah dibebaskan dari Penjara Kajang baru-baru ini mengakui insaf dengan perlakuan yang dilakukannya dan mengaku telah bersifat seperti orang bodoh apabila bertindak kasar terhadap bayi berusia setahun yang juga anak kandungnya.

“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua.

“Bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati,” kata Ika.

Ujarnya, dia turut berasa seperti hilang pertimbangan dan umpama dikuasai oleh syaitan ketika hari kejadian itu.

“Saya terima apa saja yang berlaku, tapi saya harap masyarakat tidak terus menyalahkan saya bulat-bulat,” katanya lagi.

Justeru, wanita itu memohon kepada ibu angkat kepada bayi tersebut dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya diberi peluang untuk berjumpa dengan anaknya semula.

Namun, jika dinilai semula video tersebut, jelas menunjukkan Ika memberi seluruh amarah dirinya kepada anaknya yang tidak faham apa pun ketika itu.

Seolah-olah anaknya dijadikan mangsa dek masalah perhubungan dia dengan bekas teman lelakinya. Ketika anak yang masih kecil itu memerlukan kasih sayang darinya, dia sibuk dengan masalah melibatkan jantan lain.

Adakah layak bagi seorang wanita yang pernah berkelakuan sebegitu terhadap anaknya untuk diberi peluang kedua?. Apakah jaminan yang boleh kita dapat yang wanita ini telah insaf? Takut insafnya hanya di hadapan wartawan yang datang berjumpa.

Perempuan jenis ini senang cakap, makan tak cukup takpe, tapi boyfriend kena ada. Kalau anaknya dikembalikan, nanti datang teman lelaki baru, ada masalah, bukankah aksi ‘menyepak’ anaknya boleh berulang lagi.

Ramai mak bapak yang makan tak cukup, serba kekurangan, tapi anak itu jangan kata dijentik, marah pun tidak. Dia sudah diberikan peluang untuk menjadi ibu sekali, dia musnahkan, perlukah dia diberikan peluang lagi sekali?

Apa yang kita tahu, anaknya lebih selamat dan lebih bahagia di samping ibu angkatnya. Perlukah itu yang lebih mementingkan kasih sayang teman lelaki ini mendapat kembali anaknya?

SEMEMANGNYA DIA TIDAK LAYAK !!! SIAPA YANG BOLEH JAMIN DIA TAK AKAN DERA ANAK DIA LAGI ??

APA KATA ANDA?

Gambar ibu monyet bertarung dengan anjing liar untuk selamatkan anaknya patut memberikan mesej yang jelas akan bentuk pengorbanan yang perlu ada di jiwa ciptaan yang bergelar ibu. Bukan setakat setitik dua air mata yang boleh dipertikaikan dijadikan sandaran keinsafan kononnya.

 

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

5 Comments to “Layakkah Ibu Yang Mendera Bayi Ini Bertemu Kembali Dengan Anaknya?”

  1. nor says:

    Ya Allah, menitik air mata aku tengok gambar monyet menyelamatkan anaknya dari aning liar tu. Teringat pulak aku pada ibu. Oh! Ibu…………………………..ampunkan dosa nor. Janji tengahari nie nor balik.

  2. Mummy says:

    Sememangnya tidak layak…sedangkan binatang punya hati dan perasaan namun tidak bagi wanita yg kononnya mengelar diri sebagai ibu@mak…buat memalukan saja……

  3. riesya says:

    apa salahnya seorang ibu mahu berjumpa anaknya
    …lagipun beliau sudah insaf.hanya berjumpa tidak salah.jangan kita pulak meletak kan hukum pada seseorang manusia.kadang2 org yang kita hina lebih mulia daripada kita.renungkan

  4. Mommy Girls says:

    Layak berjumpa tetapi dia tak layak untuk menjaga anaknya sendiri. Sekali sepak anak… 2..3..4.. kali dia boleh ulangi perkara yang sama.

  5. Dinsmann says:

    Ibu kena insaf dan sedar bahawa rasukan setan pada dirinya boleh memudaratkan anaknya kepada tahap yang lebih serius. Kauseling dan agama masih diperlukan. Masih belum layak untuk berjumpa kerana kejadian masih baru. Saya mungkin salah…

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!