Ibu Nur Amalina Nafi Anak Gagal Dan Amal Gaya Hidup Bebas | NescafeAis.Com


.

Ibu Nur Amalina Nafi Anak Gagal Dan Amal Gaya Hidup Bebas

January 4th, 2012 5 Comments .
.

amalina
Ibu Nafi Amalina Amal Gaya Hidup Bebas
 

amalina

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti

JOHOR BAHRU: Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari Laman Sosial Facebook Nur Amalina.

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.- Berita Harian

Ulasan:-Kira betul la gambar Nur Amalina yang disiarkan tu..kerana gambar tu diambil dari laman sosial Facebook Si Amalina tu…dan yang bestnya..Cikgu Sabariah sendiri yang beli pakaian tu..hahahah..so apa yang fitnahnya?…yang kata fitnah dia gagal tu..cerita 2,3 tahun lepas…media juga yang hebohkan kononya si Amalina ni gagal..pasal gambar?..kira cikgu sabariah dah sahkan tu gambar Amalina yang betul..dan apa yang peribadinya dengan gambar tu?..gambar tu disiarkan dalam FB dia…bila disiarkan dalam FB, gambar tu jadi tatapan orang ramai – maknanya dia menyuruh org ramai melihat gambar tu…dan blogger cuma membantu dia menyebarkan gambar tu supaya lebih ramai org dapat melihat gambar tu. kalau rase gambar tu peribadi, jangan post dalam FB, simpan dalam Peti besi, Solex kemas2..- SEKIAN -

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

5 Comments to “Ibu Nur Amalina Nafi Anak Gagal Dan Amal Gaya Hidup Bebas”

  1. eternity says:

    elok la tu mak nya mengesahkannya… seorang guru kanan sekolah menengah. wah..hebat ..pelik laa tokoh maal hijrah tu….bo peluk laki dlm FB..ni la akhir zaman… no komen tapi elok la kita jaga anak kita baik baik..belajarlah di Tanah air sendiri medical course ada di UM<USM UKM sama taraf dengan di UK ..

  2. syam says:

    emm…pelik sungguh la..pandai2 pun de gak kekurangan nye…dah tau pict tue mcm tue x perlulah letak kat fb..hadoooiii!!!…dah mcm………dah orng tengok…kan dah malukan negare sendirie….orang malaysia culture shock biler dtg luar negare…hurmm…sedih btl….bru nak berbangga dengan ape yg dier dapat before nie..tp….menconteng arang puler….so…pada semua jage2la dengan tindak tanduk kiter sendirie….(^_^)

  3. cikya says:

    pelik n kesian kt mak dia..akademik lebih d utamakan dari agama

  4. Orang Mala says:

    Kalau betul2 cemerlang (AGAMA+AKHLAK+AKADEMIK) aku sebagai pembayar cukai gembira duit aku digunakan utk menaja si minah nih. Tapi tengoklah apa yg jadi ssekarang? Tudung entah ke mana, siap kaler2 lg rambut, peluk laki sana sini….nak kata BODOH tapi GENIUS. Ape pun sian kt mak pak dia…..kalau kita yg takde kaitan ni pun sesal dan sedih ngan apa yg berlaku, apa lg mak pak dia.

  5. Azizul says:

    xde yg cemburu dgn “kejayaan” anak die la.. time jual cd dlu bkn main x mboh org beli hok cetak rompak sbb nak jaga berkat.. leni?

Leave your comment here: