Himpunan Bantah Filem Innocence Of Muslims Dan Solat Hajat Di Seluruh Negara | NescafeAis.Com


.

.

Himpunan Bantah Filem Innocence Of Muslims Dan Solat Hajat Di Seluruh Negara

September 14th, 2012 1 Comment .
.

Innocence of Muslims filem yang semakin tersebar di dalam Youtube dan menyebabkan kemarahan dan tentangan dari umat islam di seluruh dunia kerana ia mempermainkan Nabi kita Rasulullah SAW.

Video Innocence of Muslims ini juga telah diharamkan di beberapa buah negara islam, termasuk kerajaan Afganistan yang telah terus menyekat akses laman web Youtube bagi negara meraka selagi video ini tidak dibuang oleh pihak Youtube.

Dan semakin ramai orang yang dibunuh dan terbunuh kerana penghasilan video LAKNATULLAH ini; termasuklah Christopher Stevens (Duta Amerika Syarikat ke Libya) yang telah dibunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden rusuhan dari ribuan penduduk yang menentang filem yang menghina Nabi Muhammad SAW ini.

Media Mesir mengatakan filem itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh kumpulan anti-Islam.

Filem tersebut, yang kini terdapat di YouTube, menggambarkan Muhammad sebagai penipu, menunjukkan Muhammad melakukan hubungan seks dan menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai.

Tetapi Masalahnya, Google & Youtube Lepas Tangan, Community guidelines” (yang diciptakan oleh mereka) mereka memang melarang video-video yang berunsur menyerang atau merendahkan sebuah kelompok berdasarkan agama.

laknat
 

Tetapi Google tetap membenarkan video ini untuk ditonton atas alasan “Memungkinkan masyarakat untuk mengeksperesikan pendapat yang berbeza”

Jadi kepada rakan-rakan yang membaca post ini…Sila search “Innocence of Muslims:youtube” dan Flag semua video-video Laknatullah ini yang terdapat di Youtube. Aku taknan share link dan video itu disini..Video itu boleh didapati di Youtube dan semakin tersebar!!. video ini semakin tersebar dan di-upload semula oleh mereka yang anti islam..

Dan wajib tentang habis-habisan dajjal yang bernama Sam Bacile (sumber mengatakan yang berasal dari California) dan tentang habis-habisan video yang menghina islam ini yang bertajuk – “Innocence of Muslim”

himpunan
 

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara hari ini berhubung penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] Pahang – Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah – Masjid Amaniah, Batu Caves

c] Perak – Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah – Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang – Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak – Masjid Bintulu

g] Terengganu – Masjid Rusila

h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunan tersebut

 

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Himpunan Bantah Filem Innocence Of Muslims Dan Solat Hajat Di Seluruh Negara”

  1. [...] cukup-cukuplah buat filem yang menghina nabi, kita marah bila yahudi buat filem Innoncent of muslim. Tapi kenapa orang islam sendiri pulak yang buat filem menghina nabi cam ni…kamonla,jangan [...]

Leave your comment here: