Serius!! – Kesilapan Terjemahan Tulisan Jawi Ke Rumi – Harapkan PEGAR,PEGAR yang makan padi | NescafeAis.Com

19/4/2012 - 19/6/2012
.

Serius!! – Kesilapan Terjemahan Tulisan Jawi Ke Rumi – Harapkan PEGAR,PEGAR yang makan padi

January 7th, 2012 1 Comment
masis 2 bulan 18/4/2012-18-6-2012

shamsul mbsb 1 bulan 29/4/2012-29-5-2012

peribahasa

Aku ingin berkongsi mengenai isu yang agak penting dalam bahasa Melayu, yang hilang dalam terjemahan perkataan dari Jawi ke Rumi.

Harapkan Pagar, Pagar Yang Makan Padi

Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga

Tahukah Korang peribahasa di atas adalah salah !!!..Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.Ok..kita pergi satu-satu.

1-Harapkan PAGAR, PAGAR Yang Makan Padi

Sebenarnya tiada PAGAR yang makan padi, yang ada cuma Burung PEGAR yang berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi. Jadi peribahasa yang betul adalah:-

Harapkan PEGAR,PEGAR yang makan padi

 

Gambar burung Pegar - ayam pegar

GAMBAR BURUNG PEGAR

Di atas adalah gambar burung Pegar (Indonesia) dan di Malaysia dipanggil ayam pegar. Sebenarnya selama ni kita tersilap ingatkan pagar.Korang tak pelik ke kalau Pagar yang makan padi?

Rupanya yang dimaksudkan adalah Burung Pegar.Burung Pegar ni digunakan macam burung hantu lah untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Burung pegar mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak tapi dia sendiri jadi binatang perosak. Maka terciptalah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

 

2-Bagai Melepaskan BATUK Di Tangga

Ok..kita pergi pada peribahasa yang kedua pulak..bagai melepaskan BATUK ditangga bermaksud buat kerja separuh jalan?..dan peribahsa sebebarnya adalah:-

Bagai Melepaskan BATOK Di Tangga

Sila angkat tangan jika ada Cikgu-cikgu Bahasa Melayu korang dulu ada menceritakan lebih lanjut pasal perkataan BATUK tu (kalau ada pun..mungkin tak ramai, lainlah korang amik sastera dulu).. BATUK memang tak boleh dikaitkan dengan peribahasa tu, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis?..memang tak sesuai.

Ok..Apa Iitu BATOK ? BATOK sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. BATOK digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik BATOK ke tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Maka terciptalah peribahasa bagai Melepaskan BATOK Di Tangga yang bermaksud buat kerja separuh jalan.

gambar batok
GAMBAR BATOK

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, mungkin termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

Serius aku pun baru tahu setelah baca entry sumber di sini:-Harapkan Pegar,pegar makan padi

So kita dah tahu ni,  KLIK SHARE   supaya lebih ramai tahu mengenai kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi ni, perkara ni kita kena anggap serius, Jangan biarkan kesilapan ni menghantui sepanjang generasi kita!

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

ENTRY BERKAITAN:

  1. 30 Perkara Yang Anda Harapkan Dari Sebuah Blog
  2. Video Lelaki Memberi Makan Ularnya Kucing Hidup-Hidup
  3. FIFA Ranking : Malaysia naik dua anak tangga
  4. Rahsia Tulisan Tangan
  5. Pakcik ziona Chana Yang Gagah
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Serius!! – Kesilapan Terjemahan Tulisan Jawi Ke Rumi – Harapkan PEGAR,PEGAR yang makan padi”

  1. Emmet says:

    wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave your comment here:


PROMOSI HEBAT !!!
. hanif proton 3 bulan 11/4/2012-11-7-2012
. IDA SUKRI 2 bulan 21/4/2012-21-6-2012
. skodeng 21/4/2012-21/5/2012
. kainpasang mall 12/5/2012-12/6/2012


BLOG INI DITAJA OLEH

NOTREXDAME 1/5/2013

RESPON TERKINI PEMBACA

ARKIB BLOG