Gambar Puntianak Dirakam Di Menara Condong Teluk Intan | NescafeAis.Com


.

Gambar Puntianak Dirakam Di Menara Condong Teluk Intan

January 28th, 2012 1 Comment .
.


Gambar Pontianak Di Menara Condong Te

Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

Penyebaran foto yang diragui keasliannya itu boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej pontianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.

Gambar Puntianak Di Menara Condong Te

Imej menyeramkan ni katanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone. Menurut sumber, peniaga tu sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada mengandungi gambar pontianak tersebut..

Ia dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina tengah malam kelmarin.

Wajah ‘gadis’ berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit. Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan ‘seorang gadis’ yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Gambar Puntianak Dirakam Di Menara Condong Teluk Intan”

  1. zakaria says:

    Dia pun makhkuk allah juga …. biarkan lahhh

Leave your comment here: