Gempar!! Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah!! | NescafeAis.Com


.

Gempar!! Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah!!

February 14th, 2013 43 Comments .
.

lahad datu

Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

ddd

ddd

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.

Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.

Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

43 Comments to “Gempar!! Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah!!”

  1. SALLEHHAN OTHMAN says:

    Apa yang berlaku? macam mana orang orang bersenjata boleh nemasuki perairan negara selanjutnya mendarat di Lahan Datu, ini amat memalukan, saolah olah perairan negara kita tiada kawalan, kalau benar benar musuh yang mendarat bagaimana….tapi tak tau lah kalau kerajaan kita mempunyai alasan tertentu yang kita tidak ketahui, apa pun itu adalah satu cabaran bagi ATM.

  2. Evin says:

    To : SALLEHHAN OTHMAN

    Ingat laut ni bagai sebatang sungai ke? Jgn kondem kan pasukan kselamatan. Ayuh lah pergi jaga p’airan sama-sama. Jgn duduk kt rumah online je ^^

  3. Tindak Pantas says:

    To : SALLEHHAN OTHMAN.

    setakat ni keadaan alhamdulillah terkawal…kami anggota keselamatan bekerja 24jam jaga negara…sedang anda tido lena dua hari lps dan semalam, kami tgh standby…so, jgn diragui keupayaan kami…perisikan kita senyap, pantas dan berkesan…komando kita pantas dan cergas…lgpun disana, beribu tentera dan polis ada…sekiranya berlaku sebarang kesulitan yg besar, kami disemenanjung mudah diatur gerakkan kesana…hal yg kecil, jgn diperbesarkan…jika darurat, anda jugak yg susah…maaf jika terlebih kata…menyimpan rahsia negara dgn seketat2nya…

  4. musa says:

    tahniah kpd pasukan keselamatan negara, kalau setakat 100 org tu, nampaknya kumpulan tersebut cuma mau bunuh diri. kalau hebat sangat kenapa gagal kalahkan askar filipina.

  5. BOB says:

    YA….betul…. bkn bnyk cuma diaorang ada senapang la…. takut jga klu menimbak.tpi kalau tiada senjata saya pun berani maki diaorang, tenguk time perhimpunah bersih,org buat d semananjung di sabah pun polis blok,org pg pasar pakai baju kuning da kena tangkap

  6. mann says:

    TQ ATM & PDRM atas usaha anda utk terus memastikan keamanan negara terkawal. Buatlah yang terbaik utk negara dan rakyat SABAH amnya. halau anasir anasir dan musuh negara itu tanpa pertumpahan darah. rampaslah segala senjata mereka sebelum mereka meninggalkan negeri ini agar mereka tahu malaysia negara berdaulat dan tidak mudah untuk di perlekehkan. Kami rakiyat di negeri SABAH beragai kaum berbagai bangsa berbagai keturunan sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan aman tidak mengalu- alukan militan di sini. Lihat kami hari ini, kami sudah lama merdeka, membangun maju, aman damai, bersatu berbagai kaum. dengan hormatnya anda (miltan) di persilakan keluar dari negeri ini.

  7. is3 seorg pejuang says:

    jangan nak tunding jari sepenuhnya ngan sistem kwalan atm…ckp sng r,kita tido lena kt uma,bslimut..tilam n bantal..tido selesa.mkn,wal hal anggota kslamatan yg btugas tido pun x demi menjalankan tugas sdaya upaya mnjaga kslamatan kita.tgl ank is3..bjauhan tnpa brita.sedih sungguh bila ada org pndg remeh.spatutnya pengorbanan drg sntiasa d snjung.sy dan anak2 mendoakan agar semuanya pulang dgn selamat…

  8. orang sabah says:

    elehhh…kita tido lena konon…yang engkau tu kalau tiada gaji ko mo kerja ke jaga tu…menjalankan tugas2 tu memang ko punya kerja..jadi jangan membebel dan mengungkit itu dan ini….ko berenti saja kalo ko kerja tidak ikhlas…..banyak lagi yang mo kerja secara ikhlas untuk menampung keluarga,,,kita pun di rumah tak tidur tenang sebab was-was dengan keselamatan kita gara-gara orang asing bawa senjata…apa lagi!!!!!!! hukumlah ba atas alasan bawa senjata api merbahaya tanpa lesen kerajaan malaysia,,…kalau tiada pasport tu tahan ja…ikut la ba peraturan dan undang-undang….ini sudah masuk ke dalam negara baru mo sedar…bukan seorang dua…. ini 100 orang…banyak tu…boleh2 inda sedar dan dapat menyeludup masuk…kemasukan dorang bawa senjata lagi tu…kerja tu kena ikhlas untuk menampung keluarga dan menjaga keselamatan negara….di pasar lahad Datu dan sandakan tu hampir semua penjual rokok , telur penyu dan penjaja jalanan tu orang Philipine..banyak yang tiada pas dan permit berniaga boleh bebas sana sini..kita orang tempatan takut2 kena tangkap majlis daerah tapi dorang senang ja ba…bukan tau malu…dilepaskan menjual balik lagi…. asalkan boleh makan dan mengasih makan……jadi di mana penguatkuasaan tu dijalankan? kami orang awam bukannya tidur beselimut sesuka hati tapi pemerhati jua…tulah kalo orang awam sikit ja komplen …besar suara kamu mengungkit itu dan ini….kalau didiamkan ..haaaa macamlah terjadi……apa? komando kita pantas dan cergas…lgpun disana, beribu tentera dan polis ada??? jangan suara saja yang ada…ayuhhh datang ke sabah….turunkan semua yang ada mengikut keperluan…jangan sampai dah terhentuk baru terngadah……jangan cakap banyak dan ego..laksanakan tugas tu dengan sepenuh hati…orang awam sentiasa memberi bantuan itu pun kalau diperlukan…kadang2 ada juga yang cakap ” ini urusan negara rahsia…orang awam tak boleh masuk campur…biar kami ja yang uruskan…..ini orang gi pasar pakai baju kuning dan orang awam lupa bawa ic kena tangkap pula..kononnya mencurigakan sedangkan banyak orang philipine terang2 lalu lalang tidak ditangkap……ini bukan setakat tunding jari tapi tunding kaki…..

  9. Saja Bakar says:

    Ko tak tido sambil tengok astro dan makan baboi bah…jadi sila makan baboi sampai muntah…hahaha

  10. aman selalu says:

    jangan risau jangan takut…. semua dah standby….. pujuk dulu… pastu psikologi skit2.. pastu lau degil… jadi cam kat Sauk, kuale kangsor nu le jawapnye…. STORM….

  11. megat6966 says:

    terima kasih cdo…
    membunoh terus menbunoh…
    sumpah ke-10, Saya tidak akan sekali-kali menyerah diri selagi saya masih ada kemampuan untuk menentang.

  12. mak kau says:

    mmg susah nak puaskn hati smua org trtma skali mnusia yg hnya tau mmaki dn tk tau nk bsyukur ni……kpda mnusia2 tkang maki sdar dirilah sikit….apa yg korang dpat…????? dosa…???? fikirlah sikit…otak letak kat mana….??? kat tapak kaki ke…??? haa!!!! ni mak kau nk bg nsihat sikit…kalau brani sngat pergilah berkawal kat smpadan LD tu…jgn hnya tau tdur mkan dan maki hamun org jak……itulah ada otak kau letak kat tapak kaki bkan kat kepala sbb tu lah kau senget tk bleh nk bfkir dgn btul………puuuiiiiiiiii mcm taiiikk…

  13. Cip bankel says:

    ,Arap2 Smua’y okey kn.. Doa kn je la bwat pahlawan sejati malasia..klw ad jawatan kosg wt askar bole koll’ing2x aku, nk jgk rasa ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  14. Cip bankel says:

    ,Masak sayur, cubit dan rasa la sedikit. korg’y mlut’y kurg ajar tu, kena la d perbaik sdikit.. Jagn nak meremeh kn tentera melay,,,,,,,,,,

  15. AGI IDUP AGI NGELABAN says:

    tu je yg ko tau maki hamun… apa yg korg dapat.. PK tidur tak lena bila dah jd org paling hadapan bdepan situasi mcm ni…mlm nnt tntu ada org masak makanan ko tp dorg??? pikir2 la jgn pandai maki hamin je

  16. mybib's Habib says:

    semoga semuanya dipermudhkan…terima kasih kpd smua anggota keselamatan negara pertahankan tanah air kita doa kami sentiasa bersama kalian…,amin

  17. anak jati semporna says:

    cmna militan le msuk negeri sabah…. hmpir 60% rkyat asing kt LD, Twu, kunak n Semporna dpt ic n taraf wrganegara yg sah…… dimna puncanya….. Krna sistm pemerintahn negra ini, mzahirkn syarat pmustnn yg sah, n tdpt dklngn wrga temptn bsuamikn/beristerikan PTI, tmbhn pulak…. hmpir kesluruhn pejawat-pejawat ktua kampung @ pjawat-pjawat awam terlibat, 3 daerah ini, meluluskan n memberi pengeshan taraf warga, sanggup menadi penjamin kepada ITP hnya kerna hasutan nilai wang….. Semua, berpunca, dari kelemahan PDRM, Angggota Ke4selamatn, Jabatan Pendaftaran Negara ( Akta ), Kementerian Keselamatan Negara, Ketua2 Kampung n semua berpunca dari sapa yang meluluskan Akta permnohonan taraf warganegara……………………. SAPA SILAPA ??????????????????????

  18. Mintaka says:

    saya sokong pendapat “anak jati semporna”, sabah ne banyak betul pendatang dapat IC express, mcm mana dari zaman Berjaya lagi begini, time PRU bukan main janji mau tangani masalah PATI, sekarang tiada 1 pn Pemimpin Sabah bersuara. Yang dorang taw merompak balak, sawait itu saja dorang taw.

  19. orang sabah says:

    macammana tidak lulus sedangkan sanak saudara pti tu ada yang bekerja sebagai ketua kampunglah, ketua anak negerilah…cop saja sudah ok…….disemporna tu memang banyak yang datang dari philipine….rumah di tepi pantai belakang hospital tu hampir semua berketurunan philipine…tu tempat tu kotor sampah sana sini..hospital semporna tu…dibelakangnya banyak sampah …busuk..

  20. vandal says:

    gambar yang cover muka tu bukan gambar kumpulan bersenjata sultan sulu tu..itu sebenarnya gambar askar kita sedang berkawal semasa krisis ni..sila perati batch sebelah bahu kiri baju..ini askar kita, pakai uniform camo mirip us (camo ape aku dh tak ingat, tapi askar kita mmg ade camo ni)

  21. abu_ says:

    PASKAL tu bro..

  22. IDHAM says:

    Saya sokong apa orang Sabah kata

  23. Din says:

    aku percaya kepada keupayaan ATM dgn PDRM.aku sbagai rakyat sngup pertaruh nyawa jika diperlukan :)

  24. neelopa says:

    setuju….nie sah macai politik bersuara….kalau bab maki hamun mmg sedap je mulut….kalau dah fanatik…mmg fanatik…pergi sembang kat blog politik korang…xabih2 menyumpah serananh org…kalau dah kawan ngan kapir(DAP) ngan macai anuar ne mmg xsah sudah cari salah org…..

  25. Unamed says:

    Hey ORANG SABAH…,kau main taip ikut sedap tangan kau je ye.Ini jenis yang tak sekolah memang cam ni,biarkan dia.Bro PDRM & ATM jangan ambik hati…….teruskan perjuangan anda demi untuk Malaysia !

  26. orang sabah says:

    Terima kasih saudara IDHAM atas sokongan saudara…

  27. ryca says:

    sbr222222xxxxx…..sapa yg sukakn sgt pprgan ni blku???angkat kaki???pukul kpala!!!igt!,,,pprgan bole myebabkn kmusnhan smua!!!…sma ada penceroboh atau kita di malaysia ni skali!!rnung2knlh…klu sklipun kta mnang untuk mnewaskan penceroboh tu,,esok2 lusa anak cicit dorang kluar untuk mnuntut bela!!ha!!blaku lg kjadian ceroboh2 mcm ni,,,minta2 je kedua2 pihak berlembut hati untuk kbaikan smua..psl tuntutan ka apa ka,,biarlh diselesaikan dgn duduk semeja untuk mcpai kta sepakat…apa yang terbaik untuk kita semua smoga kita semua berada dlm keadan yg selamt dan aman..itu yg pling penting!!!jgnlh pepergan terjadi!!palis2!!!

  28. anak jati Ld Sabah says:

    2minit yg lalu 1 wira negara kita telah pun gugur sedihnya

  29. man says:

    alfatihah…

  30. jihad islam says:

    tadbir..
    allahhuakbar…

  31. jihad islam says:

    yaallah ya tuhan ku..
    selamatkanlah rakan2
    seperjuangan ku…
    amin..

  32. hassan b says:

    sepatutnya penceroboh tidak boleh dibiarkan begitu lama menguasai sesuatu penampatan kerana memberikan kelebihan kepada meraka. sya kecewa marah apabila mendapati anggota keselamatan terkorban angkara tindakan kerajaan suka bertanguh. kenapa kita membiarkan mereka? kenapa kita x berikuasa pada atm yang mempunyai kekuatan daya tempur dan mahir dari segi peperangan dan logistik yang lengkap? dalam keadaan sekarang para pucuk pemimpin sama ada kerajaan dan pembengkang jangan fitnah memitnah diantara satu sama lain ini bukan masalah politik ini soal kedaulatan negara yang perlu dipertahankan daripenceroboh tentara luar sampai ketitisan darah terakhir ayuh kita mara pejuang. rakyat malaysia senatiasa mendoakan kelian

  33. fiezal says:

    Salam smua,,,,siti khtijah tlg jgn nk sdp ckp,,,,,,kmi smua ada taktik,,,,,,,,,dan org2 atasan tgh buat prkiraan,,,,drpd harimau sempadan

  34. fiezal says:

    Salam semua,,,,,tolong jgn kecioh dlm fb,,,sbbnye perisikan sulu boleh tres smua,,jika smuanya bocor brmkna ngara kta dlm. Kesusahan,,,,,,

  35. azrul says:

    ya allah..selamatkan negara ku tercinta…selamatkan pejuang pejuang yang mempertahankan tanah air ini…lindungilah negara kamai dan rakyat kami…ameenn

  36. begitu lah says:

    begitu lah mereka dari dunia ke-3 ni. dah biasa kene sekeh kat negara sendiri , datang sini .. huih senang nyer merompak, tipu dan buat apa saja. Malahan kata negara kita ni tak betul saja. begitu lah mentaliti mereka. Bila kita ke negara mereka baru lah faham mengapa mereka sedemikian.

  37. begitu lah says:

    kalau pasang pagar konkrit 20 kaki tinggi pun mereka akan panjat datang ke sini. tengok lah negara mereka macam mana.

  38. Along says:

    Semoga Allah s.w.t melindungi semua pasukan keselamatan negara,,,pulang dengan kemenangan…….setiap kebaikan dibalas dengan kebaikan,tapi mereka penceroboh datang dengan seribu keburukan pada bangsa dan tanah air kita,maka mereka akan dapat yang setimpal dari Allah s.w.t………INI TANAH ORANG MELAYU,TANAH RAKYAT MALAYSIA!!!!!,,,,,JANGAN CEROBOH TANAH DAN BANGSA KAMI!!!!!!,,,,,,

  39. sabah 5 says:

    kpd perwira2 negara yg gugur slm takziah…

  40. skuad9699 says:

    kita sekarang umpama rumah dimasuki pencuri. Asyik bergaduh menuding jari sesama sendiri. Sepatutnya kita bersatu hati bertindak keatas pencuri dulu kemudian barulah dibuat post/m. Yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Hukumlah seperti yang sepatutnya petualang negara.
    Kita juga umpama berada didalam sebuah kapal yang bocor ditengah lautan luas. Asyik mencari siapa punca bocor hingga terlupa kapal makin tenggelam. Percayalah kesannya samaada baik atau buruk sama-sama kita nikmati. Inilah masanya kita bersatu hati. Jangan dibiarkan darah anak bangsa kita mengalir di bumi sendiri kerana mempertahankan bumi ini. Bersatulah semoga Allah merahmati perjuangan kita. Allahuakbar

  41. ujang says:

    Assalammualaikum saudara dan saudari, saya sokong dengan tindakan yg diambil oleh pihak kerajaan dengan berunding dahulu. kita tahu, mereka beragama islam juga. Islam melarang umatnya dari membunuh sesama sendiri.

  42. no war says:

    sepetutnya korang bersyukur semua berada di rumah tidor bangun cari kemewahan. sedangkan perajurit kite siang malam saling berganti menjaga kemanan di laut yg penuh ombak tiada janji kemewahan. jgn hanya tau ckp ape ATM buat smpai penceroboh boleh lolos.. laut sapamdan bukan kecil seperti yg korang sangkakan. hargai perajurit kita jgn persoalkan.

    tindakan bukan mudah di ambil jika hantar bom terus. ia perlukan arahan dari atasan( tengok lew movie perang mcm mane)

    rakyat sabah hanyalah 45% yg betul2 warganegara malaysia kebanyakannya kelaur masuk.. tapi nape kamu susah sgt dgn adenya pendatang ini. mereka tidak pernah membuat huruhara.(seperti yg berlaku semananjung himpunan bersih) kotor sagat kew bandar kl 2 sampai beribu2 org nk bersihkan kl. dh sabah 2 asalnya org2 filipin nenek moyang mereka takkan lew nak halau semua. sedangkan pati kat kl 2 berlambak mcm2 kes berlaku.. dgn mat negeria yg berlambak2 mcm2 lagi. jgn persoalkan rakyat sabah.

    jgn libatkan rakyat dgn penceroboh.. mungkin bangsa filipin tapi ia lansung tak same dgn rakyat asal sbh.

    penceroboh e2 hanya datang menutut sabah bukan bunuh rakyat atau org awam .dan biarkan Pertahanan kite halau mereka keluar tak kira dgn ape cara sekelipon. jgn persoalkan kemampuan negara. yg kerja 2 teruskan kerja dapat gaji buat sumbangan wira lahad datu. jgn pandai meleteh jew.

Leave your comment here: