Gambar – Lelaki Dibelasah Kerana Bakar Bendera Terengganu | NescafeAis.Com


.

Gambar – Lelaki Dibelasah Kerana Bakar Bendera Terengganu

October 30th, 2011 4 Comments .
.

GAMBAR seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 – 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Padan muka,provokasi tak bertempat…

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

4 Comments to “Gambar – Lelaki Dibelasah Kerana Bakar Bendera Terengganu”

  1. ayung says:

    ishhhh…sendiri cari pasal…
    dah menang p bakar bendera dorg buat apa ntah….

  2. VIDEO PENYOKONG N.SEMBILAN DIBELASAH BAKAR BENDERA TERENGGANU | Portal Sukan says:

    […] sumber : SINI […]

  3. prebet says:

    btoi sgt kah dia ni dok bakaq..? buat apa..? logikkah..?
    pasukan dy dah menang dah pun..agak2 napa dy nk bakaq sgt lah..?
    bendera ganu pun mana dy nk dapat..??
    uisshh..smoga Allah memberkati org y benar..
    bg sy pun..banyak org penakut nk lepaih geram saja..
    sbb lau dah pukoi g2, sapa y buleh nak carik..abg long mana pun tak boleh nk gegaq..huhu..

  4. […] 0 Comments // Digg DiggYang ni versi video pulak,untuk makluman dalam entry yang lepas (rujuk sini) aku ada post satu entry gambar seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri […]

Leave your comment here: