Gambar Dan Video Skandal Seks Azmin Ali? | NescafeAis.Com


.

.

Gambar Dan Video Skandal Seks Azmin Ali?

May 2nd, 2012 20 Comments .
.

Gambar Dan Video Skandal Seks Azm

Laporan Berita Utama : Skandal Seks Pemimpin Pembangkang Azmin Ali?

Negara masih belum sejuk dengan kejadian Bersih 3.0 dan kini tersebar pula gambar dan video skandal seks didakwa Azmin Ali. Lepas seorang, seorang lagi pemimpin pembangkang dikaitkan dengan skandal seks. Sebenarnya gambar skandal seks Azmin Ali seperti yang didakwa adalah Azmin Ali oleh laman blog PapaGomo di papagomo.com sudah tersebar di Internet sejak 2, 3 hari lepas.

Dan sejak semalam media-media telah menghebahkan berita hangat ini kepada umum yang mengaitkan gambar seks terbaru ini dengan pemimpin parti pembangkang. Senang cakap, Azmin Ali namanya. seperti dakwaan Papagomo.

Skandal Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Laporan Kosmo : Skandal Seks Pemimpin Pembangkang Selangor (Mirip)

Selepas pendedahan oleh Buletin Utama, Kosmo dan utusan  juga tidak melepaskan peluang menyiarkan laporan berita skandal pemimpin pembangkang Selangor ini di muka hadapan. tanpa langsung di sensor.

Gambar Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Laporan Utusan Malaysia : Skandal Seks Mirip Azmin Ali

Berikut Kenyataan Azmin Ali VS Dakwaan Video Skandal Seks Azmin Ali?

“Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.

“Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata,” katanya. (sumber : Malaysiakini)

Sebagai akhbar yang menjadi tatapan rakyat Malaysia tidak kira umur, Utusan Malaysia dan Kosmo tidak patut sama sekali menyiarkan kepada umum gambar tidak senonoh, apatah lagi apabila anak-anak kecil melihatnya  tidak kira di kaca televisen ataupun di media cetak. Sangat tak elok.

Dijangkakan gambar dan sedutan akan dikeluarkan sedikit demi sedikit dan akhirnya apabila tibanya saat menjelangnya PRU ke 13 akan lebih banyak bahagian gambar dan sedutan video akan disiarkan kepada umum untuk menontonnya.

Yang salah tetap salah, tidak kira dari pembangkang atau kerajaan sekalipun. Jika pemimpin itu mempunyai integriti yang rendah apatah lagi jika terbukti ianya bersalah daripada aspek undang-undang. Maka layakkah dia memimpin

Kepada penyiar gambar-gambar yang mendakwa ianya ada kaitan dengan skandal seks Azmin Ali, kenapa tidak terus gunakan saluran undang-undang yang ada.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

20 Comments to “Gambar Dan Video Skandal Seks Azmin Ali?”

  1. chinadtsu says:

    Anwar ibrahim ada scandal..shafie apdal ada scandal..azmin ali ada scandal..rahim thamby chik ada scandal..chua soi lek ada scandal..

    apa bezanya wakil dari parti2 ni? sume pn ada scandal..muak lah gn politik malaysia yang SIBUK GN BERSKANDAL BILA DAH BERKUASA..

  2. keris says:

    Bodoh.. kenapa harus ditunjukkan kat dalam paper gambar tu? budak budak tengok dan belajar… bangang betul… Dah macam majalah lucah dah….

  3. amendela xde keje says:

    tak tau betul ke tak. tapi yang penting umno buat camni sbb nak alihkan perhatian rakyat drpd isu utk buat reformasi kerajaan dan budaya politik kotor. busuk punya umno. dah nak kalah sume bnda nak buat, performance najib dan khairy xcukup utk buat umno menang. pakatan rakyat da popular ramai sgt.

  4. zam says:

    Benjo expreso…jangan la nak ampu dan nak mempertahankan puak umporno yang banyak buat fitnah…itu la kerja politik umporno..kau benjo pandai komen menyorok belakang gambar kucing…….ini kerje orang penakut dan bodoh…dah sah kau tu puak umporno yang bersengkokol sama…tak hairan la…kalau ini sah fitnah jawapla kau diakhirat…dengan kuncu kuncu para penzalim..

  5. shah says:

    dah muka dia ……. nk ckp pa……tengok muka baik tapi mcm dot dot dot…..x tahu la pa nak jadi di akhir zaman ni….kat org mcm2…..dia lebih teruk dr tu….tapi biasa lah, bos dia mcm tu….dia ikut sama la……………..

  6. Ammar says:

    Dah macam akhbar Porno lah pulak. Ades. Huhuhuhu :-)

  7. hamba Allah says:

    betul ke tak tu Allah je yg tahu. tp sebagai wartawan yg beretika, nak siarkan kat rakyat marhaen yg terdiri dari bdk kecil dan remaja lg, tak patut la letak gambar/video dalam akhbar ataupun tv. tak beretika namanya tu.

    tp takpelah, wartawan tu mungkin nak jaga poket dia kat dunia ni. terlupa poket dia kat akhirat esok. semoga Allah bg hidayah je lah kat org yg mengaibkan dan diaibkan.
    Wallahu’alam.

  8. harun says:

    Berani kerana benar tapi pelikla nape nk dkt pilihan raya bru jd mcm nie..isu zahida rafik x plak nk heboh2 sgt kt tv..xpela tuhan maha adil kta tgok apa nk jadi nanti nu

  9. Aku Anak Merdeka says:

    Salam Tuan/Puan/Cik,
    Ini semua adalah perkara2 yang Rasullah sebut dlm perkara akhir zaman. Fitnah memfitnah ini aka mengundang BALA drp ALLAH. Banyak2lah berdoa agar kita dijauhi oleh Bala yang akan menimpa, dan janganlah kita turut sama. Ingat pesanan Nabi kita; “Jika kita melihat kemungkaran ubahlah dengan tangan, jika tidak berdaya maka ubahlan dengan perkataan, dan jika tidak berdaya juga maka janganlah kamu reda didalam hati kamu. Media massa sekarang sudah hilang etika mereka. Wallahuaklam…

  10. Old-Trafford says:

    dekat2 pilihanraya ni mcam-mcam scandal kluar.

  11. SKYBLUE says:

    abis tu paper harakah tu ada etika sgt aa?2×5 gk dok wat cite hentam kerajaan..cuba laa compare dulu harakah dgn paper lain…lbh krg jew..tp rs harakah lg laser ayat2 dia…

  12. Md says:

    Cakap berdegar2, adik sendiri cakap 99.9% kita nak cakap ape lagi!? Isu BERSIH3.0(off topik skit) dah la huru harakan Malaysia! Korang xnampak lagi ke wahai penyokong pembangkang! Bersih ni sebenarnya nak huru harakan keadaan! Negara kita dah aman nak plak buat hal! Bagi pandangan aku laa, sebenarnya pembangkang ni mmg nak RIOT ni berlaku, lepas tu mesti campur tangan asing pun berlaku n malaysia akan jatuh kat badut2 ni semua!!!!!

  13. Pembela says:

    Harakah tu mmg dah paper untuk bacaan ahli pas sahaja terang2 kot.
    Baru gentle…owg dancing xyah baca…

    Masalah nya kosmo n metro sume tu paper awam….. paper bacaan rakyat malaysia….. mana da bendera dancing kot…. \

    Tp duk kipas buntot diowang je…..x gentle langsung… membohong,menipu,2 suma menyamun…2 suma keja diowang la berani kerana benar…xpayah soh owg ampu kot

  14. TG. KAMAL says:

    Salam, apalah nak jadi dengan orang malaysia nie, sikit-sikit sumpah laknat… dia buat Al-Quran itu macam buku teks sekolah….bawaklah membacanya seterusnya cari pengertiannya dan menghayatinya….barulah betul…. ini dak masuk TV nak cari glamour, pakai kopiah pulak tu…..apa nak jadi tak tahu lah……. Hindarkan fitnah sebelum mendapat kepastian yang sebenarnya……jangan mendengar cakap orang…bukan apa masing-masing nak cari publicity murahan, maklumlah pilihanraya dah dekat…..mcm-mcm speckulasinya…….bawak-bawak insaf la, dunia dah semakin tua…..nie

  15. saya laa.. says:

    Kesian penyokong pembangkang, kena alih perhatian pada isu “apasal paper siar gambar tu, budak2 tengok”. Isu sebenarnya (yg gambar tu mmg Azmin) mereka dah tak boleh komen. Buka mata la wahai pembangkang.. kalau dah bakal pemimpin korang sama macam BN, baik sokong BN sebab dah nampak PAS & DAP mmg tak boleh pimpin Malaysia sama2. Buat tambah jahanam lagi la, Kalau pemimpin BN korup pun, bukan halang rakyat cari makan pun, sapa2 pun boleh usaha jadi kaya,,, mcm aku, tak mintak tolong dari BN pun. Yg penting negara stabil.

  16. budakserius says:

    Surat khabar pun dh tayng gambar lucah.haish.

  17. zack says:

    buat apa kecoh-kecoh ni…kan lebih baik suruh azmin buat sidang akhbar ke.. sumpah ke…. saman ke…. lbih baik buat sekali tiga-tiga baru orang percaya dia tak bersalah…. itu pun kalau dia tak buat kan….kan….

  18. kutarano says:

    kat dalam umah pun nak pakai baju…berani buka la tak logik langsung mana ada kalau dah berdua kat umah ke atau kat hotel ke…masih pakai baju pikir2 lah nak menipu pun..tak stim langsung skandal pakai baju dalam bilik air lak tu..

  19. hamba ALLAH says:

    semua mnsia ada kebaikan&keburukkan.parti mna2 pon sama.yg penting hya mereka&keluarga mereka yg tahu,especially ALLAH S.W.T..malaikat mungkar&nakir yg mencatatkn segala yg kita lakukan&akan dipersembahkan di pdg MASHYAR kelak..so,renung2kan&selamat beramal.

  20. hamba ALLAH says:

    Correction pls..semua mnsia ada kebaikan&keburukkan.parti mna2 pon sama.yg penting hya mereka&keluarga mereka yg tahu,especially ALLAH S.W.T..malaikat MUNGKAR&NAKIR yg akn soal kita di dalam kubur.manakala RAQIB&ATID mencatatkn segala yg kita lakukan&akan dipersembahkan di pdg MASHYAR kelak..so,renung2kan&selamat beramal.

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!