Gambar Dan Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime | NescafeAis.Com


.

.

Gambar Dan Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime

December 15th, 2011 4 Comments .
.

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime – Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime – tarikh keluar Proton Exora Bold Dan Exora Prime turbo
Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Tak lama lagi, Proton Exora Bold Versi Turbo akan dilancarkan, berikut beberapa gambar berkenaan spesifikasi teknikal Proton Exora FL. Terdiri daripada dua varian baharu iaitu Exora Bold dan Exora Prime, dimana ianya dijana enjin CamPro CFE dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork maksimum. Nampaknya kehangatan pelancaran MPV Exora versi turbo kian terasa bahangnya, ramai yang tidak sabar menantikan kemunculannya di depan mata. Apa yang diharapkan ketika ini ialah Proton akan melancarkan model yang dinanti-nantikan ini dalam masa terdekat, mungkin 16hb. Disember ini, sama-sama kita tunggu.

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

 

Exora Bold dan Prime menampilkan rekaan bahagian hadapan dan belakang yang lebih menarik, termasuk perubahan bampar depan, jeriji dan ruang kemasukan udara, lampu utama dengan ciri ‘blacked out’, skirting baru untuk bampar belakang, lampu belakang combi dengan ciri LED dan smoked, serta cermin sisi berkuasa eletrik boleh lipat.Exora Bold dan Prime juga dilengkapi brek cakera di semua roda lengkap dengan ABS dan EBD

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Proton Exora Bold (H-Line) dan Prime (Premium Line) dikuasakan enjin CamPro CFE dengan keluaran kuasa kuda 138hp dan tork maksimum setinggi 205Nm yang bermula dari putaran enjin serendah 2,000rpm. Enjin CamPro CFE dibantu oleh sistem turbo dengan penggunaan transmisi CVT 6-kelajuan.

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

Gambar Proton Exora Bold Dan Exora Prime

empat varian utama yang bakal ditawarkan:-

-Proton Exora Standard (B-Line) dikuasakan enjin CamPro CPS dan dipadankan dengan transmisi manual sahaja,

-Proton Exora Bold (M-Line), spesifikasi enjin dan transmisi masih sama seperti varian B-Line ( transmisi manual/automatik 4AT)

-Proton Exora Bold versi H-Line, dikuasakan enjin CamPro CFE (Charge Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo bagi meningkatkan kuasa tork. Bagi Exora Bold H-Line,(transmisi tunggal dari jenis CVT 6-kelajuan).

-Proton Exora Prime (Premium Line), dikuasakan enjin CamPro CFE (Charge Fuel Efficiency) cuma perbezaan melibatkan kemasan di bahagian luaran dan interior.,(transmisi tunggal dari jenis CVT 6-kelajuan)

Sumber dan gambar:-Arena Kereta

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

4 Comments to “Gambar Dan Spesifikasi Proton Exora Bold Dan Exora Prime”

  1. pak haji dee says:

    gaji baru dah nak mula tahun hadapan boleh la buat utang lagi dan umur bersara untuk kakitangan kerajaan dan swasta dah sama buat utang utang dan utanggg
    kalau simpan duit tu pergi kerjakan rukun kelima kan bagus

  2. MATYI says:

    Nampak lawa, brapa harga exora bold hi-line dan prime??????????/

  3. [...] Proton Exora Bold 1.6 didatangkan dalam tiga varian iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya varian tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menampilkan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm. Proton juga masih menawarkan Exora versi asas iaitu Standard MT (transmisi manual) bagi pelanggan yang mahukan sebuah MPV dengan harga lebih rendah. [...]

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!