Zed Zaidi Dan Isteri Dapat Anak Lelaki – Ryan Zikry | NescafeAis.Com


.

Zed Zaidi Dan Isteri Dapat Anak Lelaki – Ryan Zikry

July 27th, 2012 0 Comments .
.

gambar anak zed zaidi

Nampaknya minggu ini memang minggu Zed Zaidi. Pagi tadi, kira-kira jam 9.30 pagi, Zed Zaidi telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ryan Ziqry. Bayi seberat 4.32 kilogram ini telah dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana. Tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi dan isteri atas berita gembira ini.

Zed Zaidi nyata teruja kerana mendapat peluang melihat kelahiran anak sulungnya apabila dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan. Pengalaman tersebut tak boleh digambarkan dengan kata-kata seperti kenyataan Zed Zaidi di bawah:-

Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat.

Apa pun jutaan tahniah kepad Zed Zaidi dan isteri, Natalia Mustafa Kamal atas kelahiran bayi sulung mereka ini. Semoga Ryan Ziqry akan membesar dengan sihat. Selamat bergelar ayah dan ibu. Gambar anak zed zaidi akan di update nanti.

gambar anak zed zaidi

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Zed Zaidi Dan Isteri Dapat Anak Lelaki – Ryan Zikry”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: