Gaji Penjawat Awam Naik Lagi Tahun 2013? | NescafeAis.Com


.

Gaji Penjawat Awam Naik Lagi Tahun 2013?

October 31st, 2012 3 Comments .
.

Berita baik untuk kakitangan awam, gaji penjawat awam 2013 dijangka naik lagi pada tahun depan (2013), berikut petikan laporan dari Bernama:-

MELAKA- Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. ~bernama

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Gaji Penjawat Awam Naik Lagi Tahun 2013?”

  1. org gomen says:

    naik banyak mana pun pas tu kalau harga barang2 naik, cukai naik, minyak naik (Barang Naik = BN = Be End) tak ada maknanya. nilai matawang RM dah makin lama makin rendah.

  2. org gomen says:

    contoh kalau skrg gaji rm1k, harga minyak rm1.90 1liter, kalau gaji naik sampai rm10k, pas tu harga minyak pun naik sampai rm19.00 1liter, sama saja.

Leave your comment here: