Gaji Minimum RM1500 Untuk Kerajaan Negeri Selangor | NescafeAis.Com


.

.

Gaji Minimum RM1500 Untuk Kerajaan Negeri Selangor

November 10th, 2011 0 Comments .
.

gaji minimum
SHAH ALAM – Selangor mencipta sejarah apabila menjadi perintis dalam pelaksanaan gaji minimum menerusi janji membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan kepada kakitangan syarikat milik Kerajaan Negeri mulai tahun hadapan.

Berita baik itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, semalam.

Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad.

“Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini.

“Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” katanya.

Menurutnya, hasrat sebenar pelaksanaan dasar itu bukanlah bertujuan menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja berpendapatan rendah.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu mereka bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai kemahiran untuk bersaing dan pengetahuan yang boleh digunakan untuk mencapai gaji yang lebih baik.

Pada pembentangan bajet yang memperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion iaitu kenaikan 11.89 peratus berbanding RM1.43 bilion tahun sebelumnya, Kerajaan Negeri akan meneruskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa ketiga termasuk memperkenalkan program baru iaitu elaun anak ke nurseri dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

P/s:-Jangan gembira lagi..bukan semua dapat ea..mereka yang bekerja di anak syarikat kerajaan negeri sahaja yang dapat,iaitu syarikat yang generate income sendiri…hehehe.

Yang Tak Dapat Seperti:_
PBT,
Staff bawah kerajaan negeri,
Pekerja swasta,
jabatan2 kerajaan negeri.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Gaji Minimum RM1500 Untuk Kerajaan Negeri Selangor”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: