Fida dan Mamat Sepah Bercinta Sebab Tandatangan? | NescafeAis.Com


.

.

Fida dan Mamat Sepah Bercinta Sebab Tandatangan?

August 12th, 2011 0 Comments .
.

Gambar Fida dan Mamat Sepah Rafidah Ibrahim atau Fida, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 sedang hangat bercinta dengan Mamat dari kumpulan Sepah..Pergh..untung la ko Mamat,Puncanya sebab tandatangan!! tak percaya??baca petikan kat bawah..Tandatangan saya pun cantik gak fida,siap tulisan khat lagi…huhuhu..sedihnya,lagi gambar fida dan mamat sepah di bawah..

11 Ogos – “Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem “Man Sewel Datang KL,” ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara “Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007″ tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, “Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya.”

“Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan “Maharaja Lawak”, Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab.” jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

“Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak,” akhiri Fida.

gambar fida dam mamat sepah

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Fida dan Mamat Sepah Bercinta Sebab Tandatangan?”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!