FAM Tidak Akan Membuat Bantahan Kepada AFC  | NescafeAis.Com


.

FAM Tidak Akan Membuat Bantahan Kepada AFC

July 6th, 2012 1 Comment .
.

FAM BANGANG

Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza.

“Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Perbandingan profil penyerang Myanmar, Kaung Si Thu yang sebenarnya sudah berusia 25 tahun dalam laman web rasmi kelabnya Yangon United,serta biodata umur sebenar kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win iaitu 24 tahun dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nampaknya belum cukup meyakinkan FAM.

Malah terbaru, senarai pemain untuk aksi Piala Singapura menemukan kelab Zayar Win, Kanbawza FC bertemu Loyola Meralco Sparks di Singapura malam tadi, turut tertulis umur Zayar Win, 24 tahun.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay turut menyatakan pihaknya sedia melakukan siasatan andai menerima bantahan FAM sambil menganggap isu penipuan umur sebagai serius.

“Sesiapa yang langgar peraturan mesti dihukum. Kredibiliti kejohanan bawah umur mesti dijaga dan AFC tegas dalam perkara ini. Tapi semua kena ikut prosedur. Jika ada bantahan, kita akan rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib AFC dan terpulang kepada mereka melakukan bentuk siasatan,” jelas Soosay.-sumber-berita harian

P/S;-FAM adalah persatuan bolasepak paling bangang di dunia..dan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang semuanya bangang-bangang belaka..G MAMPUS BOLASEPAK MALAYSIA SELAGI PUAK-PUAK  NI ADA KAT FAM.

Kita boleh terima kekalahan kalau kita kalah dengan FAIR PLAY… kita dah pernah telan kepahitan tanpa merungut bilamana kita tewas dengan pasukan singapura dalam kelayakan piala dunia, dan kekalahan perit kepada bahrain setelah mendahului 2-0 dulu pun kita telan tanpa rungutan terhadap pasukan bahrain…

Ada tak kita heboh nak suruh siasat ke ape bila kita kalah?

tak.. sebab kita tahu memang kita kalah dengan FAIR PLAY, tapi untuk kalah kepada pasukan yg tak mengikut peraturan tu satu hal yg BERBEZA.. cuba fikir kalau diorang guna 100% kudrat pemain u22 boleh ke diorang bagi saingan? ntah2 dengan vietnam dan taiwan pun diorang kalah… soalnya di sini bukan menang atau kalah tapi FAIR PLAY.. PERATURAN TETAP PERATURAN… cuba la bayangkan kalau satu pertandingan peringkat sekolah u12 tetiba ada team hantar budak tingkatan 3 main boleh kata fair play tak?

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “FAM Tidak Akan Membuat Bantahan Kepada AFC”

  1. [...] YANG MASIH TAK FAHAM BERIKUT STATEMENT AFC MENGENAI FAM YANG TIDAK MEMBUAT BANTAHAN BERIKUTAN ISU PEMAIN MYANMMAR UMUR LEBIH DARI 22 [...]

Leave your comment here: