LIVE- Edward Martin @ Syahir Bunuh Diri Hari Ini 12/5/2012

Seorang lelaki dipercayai murtad dan kini beragama kristian. Nama Islamnya Syahir, kini Edward Martin Jesus, kononnya dia hendak membunuh diri hari ini 12 Mei 2012 akibat kecewa bercinta.mPengumuman mengenai niatnya untuk membunuh diri dibuat di laman Facebook miliknya. Selalunya mereka yang ingin membunuh diri ni terdiri dari 2 kelompok.

Kelompok pertama
Selalunya mereka yang betul-betul berniat ingin membunuh diri lazimnya tidak akan menghebahkan tujuan mereka kepada umum. Jika berhasrat terjun dari bangunan tinggi, mereka menaiki lif, memanjat tembok dan kemudan terjun tanpa berfikir panjang. Otak mereka bertaburan dan tubuh mereka patah riuk.
Kelompok Kedua
kelompok yang ingin dipujuk, takut dan sayangkan nyawa, selalunya akan berdiri di tempat tinggi dan menunggu orang ramai berkumpul di bawah. Gambarnya akan dirakamkan menggunakan kamera digital, telefon bimbit atau kamera video. Selepas dihubungi, Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat kemudian tiba di lokasi, memanjat bangunan, menjalankan usaha memujuk dan menyelamat atau dia sendiri akan turun sebab takut.
Martin Jesus @ Syahir mengambil tindakan berbeza, dia mengumumkan niat untuk membunuh diri dan akan memulangkan semua barangan pemberian teman wanitanya, didakwa bernama Atiqah Aziz dan tinggal di Ampang, Selangor. Melalui alamat tercatat di laman Facebook, Edward mendakwa menetap dan menuntut di Shah Alam, Selangor.

Fakta, pemegang akaun facebook bernama Edaward Martin jesus ini tidak memiliki gambar profil sekaligus identitinya tidak dikenali. Motif dia ingin menamatkan riwayatnya adalah kerana kecewa dalam percintaan. Dia minta untuk dipujuk dan diselamatkan. Jadi ,mungkin dia di kelompok kedua InsyaAllah, dia tidak akan membunuh diri kerana takutkan mati.

Korang bolehlah bagi nasihat or pe yang patutnya kat pautan facebook,mamat dikatakanbernama Edward Martin Jesus ni. Apepun kita tunggu dan lihat.
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





6 Comments to “LIVE- Edward Martin @ Syahir Bunuh Diri Hari Ini 12/5/2012”
https://www.facebook.com/profile.php?id=100003837935493#!/profile.php?id=100003837935493&sk=wall ni profile bdak ni
langka bijak menuju ke neraka…teruskan edward
I don’t think he is brave enough to commit suicide. Such a pathetic guy. He just wants attention cuz nobody really gives a sh*t about him. Go on, boy! The world doesn’t need you anyway.
dia nie kwn skola sy…sedih betul…dia baik ngan adik beradik sy..
da fhm sgt…dia jenis nk publisiti
hmm. budak2 lg ni.. tak matang sgt pemikiran. just nak tarik perhatian dari smua org..
penah trjadi kpd seorg staf aku dulu.. budak juga.. nk bunuh diri (laki).. kononnya putus cinta.. p hebah habis kat facebook.. kna kaunseling sikit dgn aku n aku cabar dia bunuh diri terus kalau berani.. sampai la masih hidup..
PUblisiti murahan.. mcm la xda perempuan lain dh..