Download Borang SARA 1 Malaysia | NescafeAis.Com


.

.

Download Borang SARA 1 Malaysia

January 31st, 2012 2 Comments .
.

download Borang SARA 1 Malaysia secara onlineborang sara 1 Malaysia download

Download borang pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia yang akan mula diedarkan mulai 31 Januari 2012 ni. Bagi yang ingin memohon, boleh la mendapatkan borang tersebut dari bank-bank yang mengambil bahagian seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN). Anda juga boleh download borang di pautan di bawah.

.

>>DOWNLOAD BORANG SARA 1 MALAYSIA<<

.

Sebelum tu baca bawah ni sebelum isi borang

Siapakah yang layak untuk memohon pinjaman ini ? Pemohon haruslah mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, tidak muflis, tidak pernah menerima pinjaman dari skimĀ² kerajaan yang berkaitan dan lainĀ² lagi. Pemohon yang layak, berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

Mengenai kaedah pembayaran pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia pula. Peminjam hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun. Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu. Peminjam akan meraih pulangan keuntungan bersih sehingga RM13,000.

Tempoh permohonan pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia ini akan dibuka selama setahun sahaja ataupun sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan. Jadi kepada yang ingin memohon, diingatkan supaya berbuat demikian secepat yang mungkin.

Dokumen yang diperlukan semasa mohon pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia;

Dokumen utama

- Borang Permohonan untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
- Borang Pinjaman dari institusi kewangan yang menyertai
- Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
- Pelaburan Borang Tambahan ASNB 21 (Additional Investment Form ASNB 21)
- Borang Penebusan ASNB 31 (Redemption Form ASNB 31)
- Pelaburan Pembaharuan Borang Buku BS3 (Investment Book Renewal Form BS3)
- Penyata Pendedahan Risiko (RDS) (Risk Disclosure Statement (RDS))

Dokumen Sokongan

- MyKad asal pemohon dan 2 salinan
- MyKad asal pasangan (suami/isteri) bersama 1 salinan (jika berkenaan)
- Penyata pendapatan pemohon (Slip gaji dan penyata bank 3 bulan)

Bagi yang tidak mempunyai penyata gaji atau penyata bank, anda hendaklah membawa borang ini untuk di tandatangani di hadapan saksi seperti Penghulu, Adun, Ahli Parlimen atau Majikan tempat anda kerja untuk diperakukan. Selepas itu, hantar semula borang tersebut bersama dokumen sokongan yang tertera di atas ke bank untuk diproses. Pihak bank akan menghubungi semula pemohon sejurus pemohonan tersebut diluluskan.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh la melayari laman web SARA 1 Malaysia ataupun menghubungi talian HOTLINE 03-20573065 bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang waktu berkerja (Isnin – Jumaat).

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Download Borang SARA 1 Malaysia”

  1. M saufi says:

    terima kasih

  2. ayu says:

    yg bujang leh mohon x?

Leave your comment here: