Saiful Apek Dedah David Teo Tak bayar Duit Berlakon Filem | NescafeAis.Com


.

Saiful Apek Dedah David Teo Tak bayar Duit Berlakon Filem

May 8th, 2012 0 Comments .
.

david teo vs apek

Bob Kuman telah meninggal dunia pada 3 mei lalu, namun kontroversi yang mengaitkannya dengan David Teo ternyata masih lagi belum reda dan kini diperjuangkan oleh rakan baik Bob Kuman, Saiful Apek yang mendedahkan rahsia David Teo tidak bayar duit berlakon filem.

Terlebih dahuu, Kisah hidup Bob Kuman menjadi perhatian umum apabila Allahyarham yang tampil ke depan mendedahkan sikap David Teo dan syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh sakit di lokasi pengambaran.

Malah, isu antara mereka berlarutan sehinggalah David Teo membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita sedemikian. Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Video Kenyataan Melampau David Teo Menghina Arwah Bob Kuman

Terkini, seorang lagi pelakon dan pelawak tanah air, Saiful Apek pula membangkitkan kontroversi terbaru tentang pemergian Allahyarham Bob Kuman.

Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.

apek senario

“HA! HA! HA! Sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA! HA! HA!”, kenyataan di FB Fanpage Saiful Apek yang didakwa dari David Teo.

Kenyataan David Teo itu sedikit sebanyak telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan ‘melampau’ penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri Allahyarham.

 

apek senario

Nampaknya semakin hangat konflik antara pelakon komedi terkenal, Saiful Apek dan penerbit filem paling sensasi Malaysia, David Teo . David Teo tak bayar duit berlakon filem?

Kini, status terbaru dari Facebook Saiful Apek memang akan mencetuskan kontroversi hangat. Apek mendakwa David Teo tidak membayarnya untuk dua filem ini, Lady Boss dan Anak Mami Kembali. Apek juga mengatakan demi Allah dia tidak berbohong. Apa apa pun, kita nantikan penjelasan David Teo berhubung isu ini.

Saiful Apek yang mendedahkan Rahsia David Teo menyatakan bahawa beliau mendedahkan Rahsia David Teo kerana ia adalah amanah yang telah diberikan oleh Arwah Bob Kuman sebelum meninggal dunia kepada beliau.

Berikut ialah bunyi status beliau di Facebook :

Demi ALLAH, ini adalah amanah arwah sblm mninggal, utk tuntut sgala hak sy dari David Teo & jgn diamkan diri demi rezeki anak2. ini bkn isu ‘dendam’ tp isu ‘KEBENARAN’ & ‘HAK’! sape yg x tau crite, diam2. pls.. TQ.

Apapeun semoga arwah tenang disana, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah….

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Saiful Apek Dedah David Teo Tak bayar Duit Berlakon Filem”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: