Bunyi Aneh Dan Menggerunkan Dari Langit Petanda Kiamat?  | NescafeAis.Com


.

Bunyi Aneh Dan Menggerunkan Dari Langit Petanda Kiamat?

January 24th, 2012 1 Comment .
.

suara aneh

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan ‘bunyi aneh dan menggerunkan’ (rujuk sini:- Suara aneh dari ruang udara kampung endap sarawak) yang berlaku baru-baru ini adalah petanda bakal berlaku kiamat .

Dalam SMS tersebut mengatakan yang ia (kiamat) akan berlaku pada September nanti.

Kesal dengan khabar angin itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan spekulasi sehingga menimbulkan ketakutan orang ramai.

“Janganlah buat khabar angin, memang pelbagai andaian dibuat tapi biarlah pakar-pakar kita kaji apakah perkara tersebut sama ada ia adalah fenomena alam yang mempunyai input saintifik terhadap kejadian itu,” katanya yang dipetik dari The Borneo Post.

nescafeais

Sehubungan itu beliau meminta sesiapa yang mempunyai rakaman bunyi aneh yang didengari di Samarahan agar tampil menyerahkannya kepada pihak berkaitan untuk membantu kajian.

Katanya, setakat ini mereka telah menghubungi seorang guru, Mohd Ferdauz Jemain, yang memiliki rakaman itu, untuk dikemukakan kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Agensi Angkasa Lepas Negara dan dianggotai oleh Jabatan Meteorologi dan pakar-pakar ilmu alam.

“Kita masih mengumpul maklumat daripada sesiapa yang ada maklumat terutamanya rakaman (bunyi aneh) supaya kita boleh buat analisis,” katanya.

Beberapa hari lalu, akhbar tempatan melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Selain kejadian gempa bumi di Sumatera, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP).

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh Tentera Udara dan Laut Amerika Syarikat (AS), Universiti Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) AS.

Mohd Ferdauz dipetik sebagai berkata: “Penduduk Kampung Meranek, Kampung Pinang, Kampung Sindang, Kampung Tambirat dan malah yang mereka yang tinggal di kawasan perumahan Desa Ilmu turut mendengar bunyi ngeri yang sama.”

Nak tahu lebih lanjut, rujuk sini:-

-Video Suara Aneh Dari Ruang Udara Kampung Endap Sarawak, 

-Lagi Bunyi Suara Aneh Di Ruang Udara Kali Ni Di Alberta Canada

-Dengkuran Misteri Dari Langit Sarawak

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Bunyi Aneh Dan Menggerunkan Dari Langit Petanda Kiamat?”

  1. anastasyea says:

    memang misteri .. =)

Leave your comment here: