Borang Pendaftaran E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat

Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2012 yang lepas,Isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3000 bakal menerima bantuan one off sebanyak RM500. Tetapi korang disyaratkan mendaftar dengan mengisi borang e-Kasih yang ,mana LHDN telah mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
Jadi sila isi borang e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat di laman web e-Kasih terlebih dahulu.Untuk mengisi borang e-Kasih,korang klik Pautan di Bawah.penuhkan borang dan klik hantar.
UPDATE – PAUTAN UNTUK BORANG E-KASIH TIDAK DAPAT DISEDIAKAN
Sila Rujuk entry ni untuk semakan Pendaftaran ekasih – KLIK SINI
Saya menerima lebih banyak pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran e-Kasih dan bantuan Kewangan RM500. Berikut saya kongsikan jawapan mengenai beberapa persoalan yang bermain di minda korang semua. Harap membantu.
Di mana boleh dapatkan borang ekasih?
Borang pendaftaran secara online boleh diakses di laman web: www.ekasih.com.my. Pilih menu Pendaftaran > Borang Pendaftaran Ringkas (Kemiskinan). Boleh juga klik BORANG PENDAFTARAN untuk mengakses terus borang berkenaan. Paparan borang adalah seperti gambar di bawah <<—PAUTAN UNTUK BORANG E-KASIH TIDAK DAPAT DISEDIAKAN
Untuk gaji 1,600 ringgit layak mohon?
saya ibu tunggal kerja sendiri(berniaga) pendapatan lepas tolak semua dalam 1000 sebulan layak ke untuk saya mendaftar. saya ada anak 1 orang
Untuk kedua-dua soalan di atas: Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar.
Boleh kah saya anaknya tolong bapa saya memohonnya? Di mana kah saya boleh dapat borangnya?
Anda boleh bertindak sebagai pelapor untuk membantu orang lain mendaftar sebagai pemohon. Hanya perlu isikan 3 maklumat terakhir pada borang, iaitu Nama Pelapor, Alamat Pelapor dan No. Telefon Pelapor. Borang pendaftaran secara online boleh diakses di laman yang telah dinyatakan dalam soalan pertama di atas
Dalam borang itu ada kolum: Nama Pelapor, Alamat Pelapor dan No. Telefon Pelapor.Ini tiga kolum apa yang patut saya isi?
3 butiran terakhir dalam borang pendaftaran tu perlu diisi jika pendaftaran dibuat untuk orang lain. Jika kita mendaftar untuk diri sendiri maka butiran berkenaan tidak perlu diisi.
Apa yang saya faham program eKasih bukanlah bantuan yang diberikan serta merta. Dengan kata lain, jika kita memohon hari ini esok lusa atau minggu hadapan kita akan dapat bantuan. eKasih merupakan sebuah program yang disediakan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan. Bantuan ini disediakan dalam pelbagai bentuk/kategori antaranya keperluan asas, ekonomi, minda insan, sosio kebajikan, pelajaran serta pembangunan kawasan, manakala agensi yang memberikan bantuan termasuklah jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (swasta).
Bantuan Kewangan RM500
Selain eKasih, satu lagi pertanyaan yang paling banyak dikemukakan ialah cara untuk mendaftar bagi pemberian tunai (bantuan kewangan) RM500 seperti yang terkandung dalam Bajet 2012 perkara 112: “Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana.”
Di mana hendak dapatkan borang pendaftaran bantuan kewangan RM500?
Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Borang permohonan boleh diperoleh secara percuma. Walau bagaimanapun anda perlu tahu bahawa LHDNM telah mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran. Ini disebabkan pihak LHDN masih lagi dalam proses menyediakan borang dan sistem pendaftaran untuk tujuan tersebut.
Selain itu, berdasarkan kenyataan LHDNM, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, pendaftaran melalui perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDNM akan disediakan nanti. Jadi harap dapat bersabar untuk membuat pendaftaran.
Kami nak minta penjelasan lanjut mengenai skim gaji di bawah RM3000.00 untuk seisi rumah?
Adakah pemberian wang RM500 ini hanya untuk bulan pertama sahaja. Ada yang cakap setiap bulan?
Dua soalan berbeza tapi rasaya mempunyai jawapan yang hampir sama. Pemberian tunai atau bantuan kewangan RM500 ini adalah diberikan secara one-off atau sekali sahaja dan bukannya diberikan setiap bulan. Pelaksanaannya hanya akan bermula pada Januari 2012 secara berperingkat.
Untuk makluman pembaca, saya bukanlah individu yang terlibat secara langsung dalam menguruskan perkara-perkara berhubung eKasih dan bantuan kewangan tersebut. Saya hanya berkongsi maklumat hasil daripada apa yang saya baca dan dengar sama ada melalui berita atau taklimat yang saya sertai. Oleh itu saya mohon maaf jika ada pertanyaan yang mungkin tidak dapat saya jawab secara tepat. Walaubagaimanapun tidak menjadi masalah jika pembaca masih ingin mengajukan pertanyaan kepada saya menerusi email kerana saya akan berikan maklumat setakat yang saya ketahui.
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





97 Comments to “Borang Pendaftaran E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat”
[...] pada link dibawah untuk daftar maklumat di E-Kasih secara online :Borang Daftar E-KasihRujukan : Bantuan Rakyat RM500Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook!! Artikel Lain Yang Menarik :Bajet 2012 : Bantuan [...]
WOOOHOOO ….
[...] Entry yang Lepas (Rujuk Sini) Aku ada maklumkan mengenai Pengisian Borang E-Kasih jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sebagai [...]
pendapatan kurang..abh sya dh pencen..sya keje kilang,gaji sya sbln rm7lebih kdg2 tentu dpt brp…nak byr bil2,brg2 dapur,tak cukup..sya mengisi brg e-kasih utk mendpt bantuan dari e-kasih utuk menbantu sya..sya harap e-kasih dpt menolong sya..
Insyaallah..semoga dipermudahkan..
Saya WONG YOU TIEK ,bolehkah saya mendapat bantuan kewangan E-KASIH ,memandangkan saya adalah seorang tukang buruh dan berpendapatan saya bawah daripada RM1500.00 sebulan dan mempunyai tanggungan seorang isteri dan seramai 3 orang anak yang masih bersekolah.Saya juga menghadapi penyakit yang kronik.
saya tidak atau belum paham orang yang betul betul layak medapat RM500, kalau di kampung atau rumah panjang kami di Sarawak ini, dalam satu buah rumah mungkin ada terdapat dua atau lebih keluarga di dalam satu keluarga itu atau bermaksud dua atau lebih keluarga di dalam satu bumbung rumah itu, ada kah kedua dua keluarga itu layak menerima bantuan tersebut? tq
aku daftar hari tu tapi aku dapati nombor kad pengenalan aku dh di daftar kan tetapi nama aku dengan orang tu langsung tak sama.setahu aku nombor i.c kan untuk satu orang sahaja pada satu kelahiran..berkali-kali aku periksa tapi masih nama org tu yang keluar..tolong lah buat semakan dari jabatan pendaftaran negara..buat encik PUTRA BIN HASSAN tu,tolong lah semak nombor kad pengenalan awak tu btul ke tak..buat orang tertentu,tolong lah perbetul kan kesalahan tu…
saya mesilin nupin bekerja sebagai seorang penoreh kebun getah milik orang lain, pendapatan saya sekitar rm6 ratus lebih sebulan tetapi tak menentu lebih2 lagi pada musim sekarang iaitu musim hujan. saya mempunyai anak isteri dan menumpang di rumah saudara kerana tidak mempunyai rumah kediaman sendiri disebabkan saya tidak ada kemampuan. selepas mengetahui kerajaan dalam proses membantu rakyat yang tidak berkemampuan saya telah mengisi borang ekasih. saya harap e-kasih dapat membantu meringankan beban saya.
sy sdh dftr e kasih.. tp ada mklumat yg sy isi tu slh.. sy mau betulkn.. tp mcm mna? perlu ka sy dftr blk?
ayah sy bkrja sbgai buruh am gji blnan dia 1800 sbln.blh k ayh sy dpt bntuan?dia ada 6 org ank 3 sdh bkrja,sorg bru abs bljr dn 2 org lg sdg bljr dskolah rndah.blh k ayh sy dpt bntuan.
sy seorang perempuan yg berumur 26tahun dan masih bujang.sy tinggal bersama keluarga,sy menghidapi penyakit GLANZMANN’S TROMBASTHENIA dan memerlukan rawatan di hospital IPOH dan AMPANG,adakah sy layak menerima bantuan kewangan dan tempat tinggal?sy tidak mempunyai pendapatan dan keluarga pula hanya menyewa rumah dan selalu gagal menjelaskan sewa rumah..sewa rumah kami selalu tertunggak.
salam sy nak dftarkan ayah sy d laman e kasih,sy da isi smue mklumat tersebut tetap error,knp ye,kne login lu ke ye terima kasih
salam, saya dh daftarkan ayah saya di laman web e-kasih dan dah isi maklumat len dgn btl cuma satu ja da kesilapan kat isi bilangan keluarga.. mcm mana nak perbetulkan kesilapan tu??
saya adda 7 orang anak termasuk1 anak tiri. saya kerja sebagai pemandu lori SABAH dan gaji saya hanya rm1200. saya amat memerlukan bantuan dari pihak Ekasih.
My brother 46 age, no married, no working no incame.
every month is our sister brother help him only.
He can apply this e kasih not ?
Salam, gaji sy RM1,100 tp masalah nya suami ssh dpt keje dah beberapa bulan masih xdpt keje, dgn gaji sy itu sy tak dpt nak menampung keluarga anak sy 4 org 2 sekolah sorang tingkatan 1 sorang lg darjah 5 pd tahun hadapan, dua lg anak sy masih kecil,,sy harap sgt dpt bantuan dr pihak yg berkenaan kerna dgn gaji sy itu tdk ckp untuk menampung segalanya…trima kasih
[...] memohon BR1M dengan mengisi borang yang disediakan manakala mereka yang berada di dalam senarai e-Kasih layak menerima BR1M secara [...]
No. KP (——————–) telah wujud di dalam Senarai SPB. adakah kenyataan ini bermaksud,pemohon sudah layak untuk BR1M?
Salam,saya ingin bertanya mengenai kelayakan memohon bantuan ini..Saya berumur 19 tahun dan masih menuntut di KPTM bangi.Saya menerima bantuan pinjaman PTPTN sebanyak 2500 untuk satu semester,setelah ditolak bayaran yuran asrama,buku rujukan,baki yang tinggal tidak mencukupi untuk dibelanjakan dalam masa 5 bulan untuk perbelanjaan makan minum.Bapa saya seorang OKU dan hanya membantu peniaga pasar malam.Adakah saya layak memohon bantuan tersebut?
salam….
saya nak tnya macam mana nk daftar e-kasih?
saya ibu tunggal …..
selama saya jadi ibu tunggal slama 4 thn tpi msh x tahu nak daftar
macam mana
tuan ,salam sejahtera.seorang murid dapat bantuan ekasih tahun ini.bantuan itu dihantar kesekolah rendah tapi murid itu masuk ke tingkatan satu tahun ini.bolehkah dia menerima bantuan itu dari sekolah rendahnya atau dihantar balik ke KPM?harap tuan memberi jawapan dgn secepat mungkin.terima kasih
sy bru mendaftarkn suami sy sbg KIR utk e-kasih..sehingga kini,kami belum trima pngesahan utk BR1M..bagaimana nak tau yg kita layak untuk bantuan dlm e-kasih.adakah setiap pendaftaran terus layak atau akan ada tapisan utk pengesahan maklumat diri?suami saya bekerja sbg nelayan dengan pendapatan lbih kurang rm500,menanggung 4 org AIR..
di mana saya boleh mengisi borang e kasih.saya berada di johor bahru
Sy seorang pesara dengan penptanan blnan sebyak RM1000…Setelah ditolak pinjaman rumah rm700, tinggal sebanyak RM300…adakah sy layak memohon RM500…Untuk pengetahuan tuan, sy juga ada seorang anak OKU.
sy nk daftar ekasih utk ayh sy,umur 63thn,ada penyakit jantung,kencing manis,menangung sorg isteri dan 2 org cucu yg masih bersekolah.cucu x ada ibu dan ayh.ister ada sakit kencing manis.sara hidup dgn wang pencen,cucu jg x dpt bantuan dr mana2 pihak.boleh ke dpt bantuan dr ekasih?
Sya tgl ngn emak sya,,umur nya dh 80 thn,,warga mas la,,,bru2 nie umah kami trbkr,,,smpai skrng xda bntuan pn,,owg2 atasan mcm wat x tau ja.,kami bkn owg sng,,,tp yg hran warga mas pn diowg dh x pndang lgsung,,,,,
salam sajehtera kepada tuan/puan
saya ABDUL SHARPPIK BIN ABDUL WAHAB sebab saya menulis surat ini kerana jasa seorang bapak kepada anak dan saya sbagai seorang anak kpada encik wahab ingin mmbantu bapak kami kerna dahulu kami tidak tahu mcam mana untuk mengisi borang kami talah meletak sahaja nama mak kami iaitu ROSENI BINTI SIDI yang mnjadi suri umah spenuh masa dan skarang mak saya myuruh saya membuat rayuan melalui e-mail untuk bapak saya tapi mcam mana dpat atau tdak?dan bapak saya berkerja sbagai pembawa penambang dan ada masa pula bpak saya membuat kerja sambilan sbagai seorang permotong rumput.dari situ sahaja lha bapak saya memberolehi wang saku untuk tiap hari dan ada kala nya itu juga tidak memadai bagi kami tapi syurkur lha kerna itu rezeki kami dan bapak saya juga tidak mmpunyai pndidikan yang tinggi cukup hanya sekadar sekolah rendah sahaja.bapak saya mmpunyai tangguan 4 orang iaitu abang saya abdul malik,saya abdul sharppik,noranisa dan norazizie.saya brharap kpada tuan/puan agar pertimbangkan lagi prmohonnan kami ini.
adakah pemohonan e kasih saya suda lulus??sila
mcm mana nak daftar ekasih online,,saya xdapat cari,,
Salam satu Malaysia
saya dan suami bekerja,mempunyai anak 7 org yg masih kecil (5 org sudah besekolah).Adakah saya layak memohon untuk ekasih untuk bantuan sekolah anak.Walaupun kami bekerja,tapi perbelanjaan tk mencukupi utk keperluan dapur dan perbelanjaan sekolah.Saya harap pihak ekasih dapat membantu
sy selalu try klik daftar online ekasih tp x prnh dpt.. sy mau daftar utk ibu sy..Dia ibu tunggal dn tnggal brsama kakak sy dn suaminya.. gaji suami kakak sy paling byk pun cuma rm1000 dn skrg mereka ada anak baru lahir.. gaji nya cukup2 ukt bil rumah dn belanja dapur saja.
Kakak saya berumur 55 tahun. dia tidak boleh berjalan (cacat) sejak di lahirkan.
Ibu kami dah meninggal dunia 10 tahun dan bapa saya dah meninggal dunia 20 tahun. Selama ini kami adik beradik yang membantu nya setiap hari dalam kehidupan nya. Memang dia langsung tidak ada income.Dia ada memohon BRIM tetapi gagal, rayuan pun gagal. Sebab sebab nya ialah dia tak sampai 60 tahun,
Dalam BRIM ini, ramai yang dapat, 4 orang dalam se keluarga pun bolih dapat. orang yang betul betul perlu tak dapat. Qrang cacat saperti ini tak dapat……sedih betul…..
saya ingin mendaftar utk ekasih bagi mendapat bantuan enjin sangkut, boat & jaring utk menangkap ikan.. harap dapat bantuan ditrima ..t/kasih..
nama suami saya dah tersenarai dlm spb,tapi tak tersenarai dalam daftar ekasih jkm atau mana-mana jabatan yg terlibat.saya cuba daftar melalui online tp tak boleh.kenapa yA?macam mana nak daftar melalui onlline
askum, saya ingin bertanya bagaimana ingin mendapatkan no pendaftaran jabatan kebajikan masyarakat ? tolong jelaskan
As’salam sy Normas Ismail,nak tahu bagaimana cara nak dapatkan bantuan perumahan di sekitar kuala Terengganu.
rumah sy dan keluarga duduk skarang pun rumah arwah atok,tanah nama orang lain.Tolong bantulah keluarga sy.
SAYA SEORG SURI RUMAH TANGGA MEMPUNYAI 5 ORG ANAK YG MASIH KECIL 9,8,6,4TAHUN DAN 7BULAN , SUAMI SAYA SEORANG MUALAF KERJA SEBAGAI PEMANDU LORI TETAPI KERJA NYA TIDAK TETAP PADA SETIAP HARI ,,GAJI BULANNYA TIDAK MENCUKUPI UTK MENAMPUNG KEHIDUPAN KERANA GAJINYA ANTARA RM800-RM1000 SAJA,,SEWA RUMAH PERBELANJAN SEKOLAH ,BELANJA MAKANAN ,,SUSU , HIDUP KAMI AMAT SUSAH
ANAK SAYA ADA MASALAH KESIHATAN YG TU , LELAH , PADA SETIAP BULAN SAYA MEMBAWA MEREKA JUMPA DENGAN DOKTOR ..DI HOSPITAL SLIM SIVER DI SEBAB KAN MASALAH DUIT KADANG2 TIDAK DAPAT PERGI KE HOSPITAL …KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DARI PIHAK ANDA …
saya tidak dapat muat turun borang pendaftaran ekasih.
sy nk daftar ekasih utk ayh sy Nama mavadan a/l suppiah,umur 78thn,ada masalah jantung,lemah jantung ayah terpaksa surgeri memasang bateri di jantung,alat bateri kana beli di luar sebab tiada bekalan di hospital HSA JB harganya rm6500.00.dan kakak sy ibu tunggal,sy tanggung 6 org,gaji sy xcukup. sara hidup dgn wang pencen x dpt bantuan dr mana2 pihak.boleh ke dpt bantuan dr ekasih
SY DAASHINI A/P INDRA BUTMA.SY NK DAFTAR E-KASIH UTK AYH SY INDRA BUTMA A/LVILSINRAJA, BERUMUR 50 TAHUN.BELIAU MENGALAMI MASALAH KEWANGAN.BOLEH KE KAMI DPT BANTUAN E-KASIH INI
Saya Siti Norbaya nak daftar e-kasih utk adik2 saya berumur di antara 31 & 34 tahun,yang mana kedua-duanya adalah OKU (buta & terencat akal)…layak ke adik2 saya mendapat bantuan kewangan dari e-kasih ini..sebelum ini saya cuba utk dapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Tinggi tp jawapannya adalah amat mendukacitakan..sekian terima kasih.
sya nak mendaftar borang e-kasih
Macam mana nak daftar ekasih online dengan mudah
ada kah ekasih saya pohon itu hari dah lulus .
assalamualikum….sy amat teringin sekali untuk berniaga bahagian kek,biskut,dan sebagainya..malangnya,sya tidak kesempatan untk mendptkan oven yang bloh than lama..lagi pun sya masih belajar dalam jurusan diploma graphic design. .sya teringin sekali untuk mencuba perniagan yang sya impikan…smoga pihak e-kasih dapat membantu sya untk mencapai cita2 sya…kalau ada berkerjasambilan pun boleh…
sekian terima kasih ,kepada piphak e-kasih..
saya sdh mndftar on line e kasih tapi hingga k hari ni saya tak dapat pn apa2 bantuan yg boleh mprtingkatkn ekonomi saya…saya adalah ibu tungal dgn 6 org anak…cuma bntuan brim sja yg saya dpt tapi sebarang kursus2 yg ditawarkn utk ibu2 tungal takde sedangkn saya sdh pun mrujuk pada sabah careline dan sedihnya hingga hari ini pun masih tidak ada apa2 prkembangan..tolong sapa2 yg ada mklumat lanjut mcmna nak dftar utk dpt masuk kursus2 atau apa2 je lah bntuan khusus lain utk ibu tungal seperti saya ni
Asalammualaikum,saya Isamail Bin Poli dgn ingin nak tahu adakah permohonan baik pulih rumah yg telah saya pohon diluluskan ataupun tidak?
Harap pihak Tuan faham dgn rintihan saya ini.Gaji Rm750.00,tanggungan 5 orang termasuk saya sendiri.Mohon pihak Tuan pertimbangkan permohonan saya yang memerlukan bantuan E-KASIH.
saya sudah daftar ekasih tahun lepas tetapi sampai sekarang belum dapat bantuan .jadi saya ingin tahu knp?adakah saya tidak layak menerima bantuan ekasih ini.buat masa ini saya masih lagi sebagai suri rumah sepenuh masa dan suami bekerja sbgai pengawal kesalamatan.jadi sya ingin tahu.no telephone saya 0146561245
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakhatu.saya sorang ibu tunggal berpndapatan rm800 sebulan,dan mempunyai anak 3 org.bagaimana kah saya memohon bantuan?saya berharap mendapat balasan dari pihak tuan.saya amatlah memerlukan bantuan tersebut untuk meringankan beban yang saya tanggung selama 3 tahun.sekian terima kasih wassalam.
As’kum saya ibu tunggal dan menyara anak seramai 4orang.Saya baru sahaja diberhentikan kerja atas masalah tiada orang menguruskan anak.tahun lepas saya sudah mendaftar Ekasih.permohonan bantuan RM500 sudah ditutup adakah saya layak memohon?Saya mengalami banyak masalah kerana sekarang saya tidak dapat berkerja.Bukannya malas tetapi tiada orang mahu menguruskan anak2. adakah saya layak memohon bantuan dari jabatan kebajikan sebab tunggakan ansuran rumah sewa 2 bulan tidak dibayar?saya minat sangat untuk berniaga tapi tiada kemahiran
salam , nak bertanya ada ka cara untuk membantu ibu tungal ? ibu saya seorang ibu tungal sejak 12 tahun dan tidak pernah mendapat bantuan apa-apa sebelum ini , termasuk lah br1m yang baru-baru ne telah di beri kerajaan,,,, permohonan nya telah d tolak dengan alasan dia telah d bantu kerajaan,,,,,,,,besar lah harapan saya agar kerajaan dapat membantu meringankan beban hidup ibu saya ,,,,
2 hari lepas saya ada myemak status prmohonane kasih saya melalui online.utk pngrtahuan pihak tn,permohonan ekasih juga saya buat thru online hmpir 2 thn lepas.masalahnya status prmohonan saya ‘ditolak’ sedangkan kalau ikut syarat2 saya boleh dikatakan layak tpi entah lah..apakah caranya utk mbuat rayuan agar saya diterima
2 hari lepas saya ada myemak status prmohonane kasih saya melalui online.utk pngrtahuan pihak tn,permohonan ekasih juga saya buat thru online hmpir 2 thn lepas.masalahnya status prmohonan saya ‘ditolak’ sedangkan kalau ikut syarat2 saya boleh dikatakan layak tpi entah lah..apakah caranya utk mbuat rayuan agar saya diterima dlm sistem e kasih?
bagaimana nak daftar secara online ekasih,saya perlukan bantuan.sudah lenguh tangan ni tek tok sanasini,tak juga jumpa2 borang ekasih secara online ini.masalahnya saya tak boleh keluar rumah untuk mencari pejabat dimana punya borang sebab terikat dengan anak-anak di rumah.
sya ibu tunggal yg tdk bekerja telah memohon E-kasih dan jwpn TIDAK LAYAK..kenapa??? sya da 2 ank.. suami meninggal dunia pada 2006.. sya menanggung hidup kami 3branak dgn duit dr pencen penakat perkeso sbyk rm782 sbln.. dan saya menyewa flat rm150 sbln. sya tidak dapat bekerja d sebabkn ank sya dan saya slalu follow up ke klinik utk medical check up.. dan tidak ada org yang nak jaga ank saya d sebabkn saya tidak mampu untuk membayar gaji penjaga.. perbelanjaan sekolah semakin tinggi.. tambang pun semakin mahal.. KENAPA SAYA TIDAK LAYAK???
anak sulung 11tahun.. 4 tahun dapat bantuan KWAMP, tapi tahun ni belum ada jawapan. anak bungsu 7 tahun dan tak layak dapat bantuan KWAMP. SAYA TIDAK PERNAH MENDAPAT APA-APA BANTUAN SEHINGGA SEKARANG KECUALI PENCEN PENAKAT DARI PERKESO (SOCSO). kalau nak harapkan duit Perkeso pn tak cukup mkn utk sebulan.. keperluan sekolah saja dah mencecah belanja beratus sebulan. belum lagi keperluan dapur.
saya ibu tunggal mohon bantuan untuk anak.sya tidak dapat bekerja d sebabkn tidak ada org yang nak jaga ank saya d sebabkn saya tidak mampu untuk membayar gaji penjaga.perbelanjaan sekolah semakin tinggi.. tambang pun semakin mahal..saya mohon jasa baik pihak e kasih kerana apa yagn saya lihat..terdapat pilih kasih dimana bantuan sepatutnya disalurkan pada yang layak tetapi yang tak layak pula mendapatnya..
E kasih??Pilih Kasih..
saya ingin memdapat bantuan mesin jahit
Macam mana saya register e kasih. Saya warga emas, Saya nak wang bajikan.
salam,saya berharap agar rakyat yang di katogeri ekasih perlu bersabar . apa yg.patut kita lakukan hadir sendiri dijabataan JKM untuk mengetahui maklumat terperinci, ini memudahkan seseorang cepat disenarai kan . maklumat yg.didedakan kepada pegawai kesemua benar . Dan bagi pegawai JKM segala masalah dan maklumat yg. di beri oleh seseorang yg.hadir perlu ,memberi jawapan sebaik mungkin . inni kerna ramai lagi ingin duduk di kerusi dan meja anda.Buat lah yg.terbaik agar khidmat yg. di beri mendapat pahala. Harapan saya agar kerajaan ramai kan lagi kakitangan.Pihak JKM harus berkerjasama mana2 individu yg.ingin menolong JKM secara ikhlas dan jujur ,ini dapat memudah kan lagi . Individu itu perlu di rahsia kan.
Saya cuba nak daftar ekasih untuk kakak saya (ibu tungal) yang mana memerlukan bantuan dan beliau adalah seorang yang telah dapat bantuan RM500 baru-baru ini. Dan kelayakan beliau adalah lebih bermakna sekiranya didaftarkan didalam kumpulan ketogori sumbangan sara hidup yang kekal.Ini adalah disebabkan keadaan semasa beliau amat mendukacitakan yang mana beliau perlukan bantuan dari ekasih. Ttapi anihnya borang yang kita nak cari untuk mendaftar benda lain pulak yang keluar.
Jadi minta nasihat dari pihak tuan/puan supaya saya dapat membantu mendaftarkan kakak saya didalam ekasih portal atau berurusan terus kepada yang berkenaan.
Sekian terima kasih.
saya nak mohon secara online tp susah sgt..ssiapa yg tahu blh tlg???
mcm mana nak isi borang nie?? tak jmpa2 link nie….
Sya mahu membantu ibu sya y kini seorg ibu tunggal menyewa rumah d sinsuran kota Kinabalu bagaimana utk mendapatkan bantuan melalui E-kasih ini…?
Salam 1 M’sia… sbnarnya sy xtau mana nk mula… sy ni Ibu Tinggal… sy punya 3 anak, 2 org SMK dan 1 org SK, sy tinggal menumpang rumah saudara, rumah tumpangan sy tuggu ms tok rebah… Pd Raya Haji 2012, lantai dapur rumah sy runtuh semasa tetamu n ank-ank baru saja mau menikmati hidangan…
Sy dah memohon bantuan Rumah, tp sampa sekarang sy tak dapat… kalau lah sy berkemampuan tidak sy merayu sebegini…
Bantulah sy..
saya telah memohon ekasih dan dipantau tetapi ditolak sedangkan pendapatan saya kurang dari rm1000 macam mana pihak ekasih nak luluskan permohonan sedangkan tiada soal jawab antara dua belah pihak cuma gambar dalam rumah saja diambil adakah itu adil.Harap pihak berkenaan peka jangan hanya melihat dari luaran saja.kami sangat berbesar hati jika perkara ini di titik beratkan
xjmpa brg pun?
Mcm mana nak daftar ekasih
MOHON EKASIH
saya nak daftar e-kasih tpi tak tahu cara2nya…puas cari borang pendaftaran online tapi x dapat..
saya ingin memohon bantuan e-kasih kerana saya adalah ibu tunggal hanya seorang anak sj.
saya mengambil upah menjahit di rumah ,kadang2 tiada tempahan yang datang..tinggal bersama ibu dan kakak saya yang telah bergelar ibu tungal yang menyara anak2nya seramai enam orang
saya ingin daftarkan emak saya dengan e-kasih, jkm dia tak dpt kerana pejabat jkm kata emak saya mendapat pencen tapi buat pengetahuan tuan emak saya mendapat pencen sebanyak rm275 sebulan
salam.pd thn 2010 sy menjanda.dan kini telah berkahwin lain.sy mempunyai anak dengan arwah suami sy seramai 3 orang.sy bekerja dengan kerajaan.gaji pokok sy sebanyak rm2960.61.gaji bersih rm1660.61.adakah saya layak untuk meminta daripada e-kasih ini?
bagaimana untuk memohon melalui online..
saya membuka website eKasih..tetapi tidak nampak untuk pendaftaran?
salam sejahtera saya ucapkan
saya CHIN MUI YUAN,saya ingin sangat terima dan ingin mendaftar ekasih ini..gaji pokok saya cuma RM1400 sahaja dan selepas gaji bersih hanya Rm1237 sahaja.saya mempunyai 2 cahaya mata..adakah saya layak untuk berdaftar dari ekasih?
SAYA ADALAH IBU TUNGGAL DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK . SAYA INGIN MENDAFTAR
KEPADA EKASIH , SAYA TIDAK BEKERJA SEKARANG DAN SEDANG MENCARI PEKERJAAN . BOLEH KAH EKASIH MEMBANTU SAYA MENYELASAIKAN BEBAN SAYA .
bagaimana untuk memohon melalui online..
saya membuka website eKasih..tetapi tidak nampak untuk pendaftaran?
Read more: http://www.nescafeais.com/borang-pendaftaran-e-kasih-jabatan-kebajikan-masyarakat/#ixzz2K5omSECz
saya ibu tunggal mempunyai seorang anak sy beharap sangat dapat terima bantuan ekasih ni sy tidah berkerja kerana anak sy baru berumur 4bulan oleh itu sy tidak mampu sara hidup anak sy
saya surirumah sepenuh masa. layakkah saya memohon e-kasih untuk menampung pebelanjaan kami skeluarga. gaji suami sy rm1900 sbulan. anak sy sorang baru thn 1.
saya sekarang berkerja dgn syarikat swasta sendirian berhad…….saya nak mulakan perniagaan..tetapi tiada keyakinan,,peralatan,,saya juga tidak mahir.
siapa2 aje yg layak?
saya janda ,nak mohon ekasih boleh ke???
saya orang miskin,mana mau dapt borang ekasih??
saya ingin memohon bantuan bagi ibu saya yang berusia 84thn, di ipoh perak, mohon di pertimbangkan oleh pihak e kasih
Saya ingin memohon baucer karisma rm200 bagi ibu saya tolong hantarkan borang permohonan
Saya kena daftar di e-kasih dulu sebelum memohon Azam niaga. Tapi tidak dapat isi
borang ekasih online.
Apa perlu dibuat? Tolong jelaskan. T/kasih.
saya berusia 37 tahun sudah berumah tangga mempunyai 6 orang anak ,gaji saya rendah ,4 orang anak bersekolah ,1 orang sekolah menengah 2 sekolah rendah 1 pra sekolah , saya tak berpuas hati kenapa permohonan saya ditolak sedangkan ada yang bantuan yang tidak layak menerima boleh dapat wang bantuan ,dan boleh mengajikan pekerja dapat bantuan ,sila pertimbangkan perkara ini,
e-kasih kebajikan ada tak bhg permohonan untuk membeli rumah kos rendah bagi pendapatan rm1500 sebulan
macam mane nk dftar e kasih ni?? kt mane borang pndaftaran??
saya ada 1 kemusykilan,seandainya saya dpt bantuan kebajikan bagi anak2 yang bersekolah adakah anak2 saya juga layak mendapat apa2 rupa bantuan dari sekolah cthnya kwamp RM200/kwamp e-kasih RM700 setahun diharap pihak tuan/puan dpt memberi maklum balas T.Q
cm mna mau daftar secara online e-kasih…..
salam.saya siti mahu memohon ekasih bagaimanakah caranya.harapan saya ekasih dapat meringankan beban kami sekeluarga.