Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014 Dibuka Disember Ini | NescafeAis.Com


.

Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014 Dibuka Disember Ini

November 13th, 2013 1 Comment .
.

Dalam Bajet 2014 yang lalu, PM Najib telah mengumumkan nilai pemberian BR1M 3.0 Bajet 2014 telah pun dinaikkan dan diperluaskan kelompok penerimanya.

Nilai pemberian BR1m 3.0 dinaikkan bertujuan mengekang kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen sebelum ini.

dd

 

Pendaftaran borang permohonan BR1M 3.0 secara online atau offline 2014 dijangka akan dibuka bermula Disember 2013 ini.

3 Kelompok Yang Layak Membuat Permohonan BR1M 3.0 :

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :

  • Nilai pemberian BR1M 3.0 dinaikkan dari RM500 ke RM650
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau iBR1M RM50

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :

  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450 (sebelum ini tidak layak mendapat BR1M)
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau iBR1M RM50

Individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :

  • Terima BR1M 3.0 sebanyak RM300
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau iBR1M RM50


Disamping pertambahan jumlah pemberian , kesemua penerima BR1M 3.0 akan menerima Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M bernilai RM50 yang akan melindungi anda dengan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal

Syarat Permohonan BR1M 3.0 Online 2014?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Ke Atas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4,000 & ke bawah
  • Indovidu Bujang dan Bekerja di mana berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Online & Offline?

Untuk makluman anda, borang permohonan BR1M 3.0 2014 online dan offline boleh didapati di :

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : www.hasil.gov.my @ ebr1m.hasil.gov.my
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Untuk sebarang pertanya lanjut mengenai borang permohonan BR1M 3.0 anda boleh hubungi br1m3@treasury.gov.my atau hotline 1-800-222-50

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014 Dibuka Disember Ini”

  1. halimatun bt abu bakar says:

    Assalamualaikum salam sejahtera,disini saya ingin bertanya bekenaan tarih lahir saya pada bulan april,adakah saya layah mendapat brim seperti kawan yang lahir pada mac,harap soalan saya dapat tuan,puan,dato,tansri memberi jawapan.

Leave your comment here: