Bonus Raya Kakitangan Awam 2012 ?? | NescafeAis.Com


.

Bonus Raya Kakitangan Awam 2012 ??

July 2nd, 2012 6 Comments .
.

BONUS RAYA 2012

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan awam bulan ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- arkib 8 Ogos 2011

Ok..ini adalah berita pengumuman bonus raya pada tahun lepas…dan pada tahun ini adakah skrip yang sama akan diulang?…Dengan kedatangan Ramadan yang semakin hampir dan umat islam bakal menyambut ketibaan hari raya, rata-rata ramai kakitangan awam menantikan pemberian bonus raya 2012 seperti tahun-tahun sudah.

Dengan tarikh pilihan raya umum yang dijangka semakin hampir, desas desus mengenai pemberian bonus raya kakitangan awam 2012 dijangka semakin hangat untuk menjadi kenyataan. Ada yang mengatakan kerajaan akan memberikan bonus lebih dari tahun lepas, ada yang mengatakan sebulan gaji, namun ianya hanya sekadar cakap kosong tanpa sumber yang sah.

Apapeun, kakitangan awam akan tetap menunggu khabar gembira ini menjadi kenyataan. kalu ada ALHAMDULILLAH…Bonus raya 2012 tu dapat juga meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan serta membantu membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

P/S:- Apa kata penjawat awam sekalian??…ada bonus raya tak tahun ni??…kalau ada informasi bolehlah kongsikan di ruangan komen di bawah…

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

6 Comments to “Bonus Raya Kakitangan Awam 2012 ??”

  1. Jamilah tawil says:

    Den buleh doa jo.. Klu ado, adolah, klu xdo apo nak buek annn….

  2. keriel says:

    nanti bgi bankrup plak negara. kan katanya malaysia byk hutang. levih 150 billion. jdi kita raya sederhana sudah la.

  3. zainal says:

    harap2 tu ada lah paling kurang pun sebulan gaji atau RM1000 minimum , insyaAllah

  4. alibonus says:

    keje slow tang bonus laju jer. aper la org gomen ni.

  5. penghulu kg dusun says:

    orang x keja ngan gomen jangan dengki,anda mungkin x layak,sebab tu x dapat keja dgn gomen…hehehe

  6. kakitanganawam says:

    bukan dengki..tu kebanyakan realiti..saya pun kakitangan awam gak..sepatutnya kerja yang boleh dibuat sehari jadi seminggu…bila deadline da dekat baru kalut nak buat…

Leave your comment here: