Bonus Raya 2012 Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos 2012 | NescafeAis.Com


.

.

Bonus Raya 2012 Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos 2012

July 25th, 2012 3 Comments .
.

bonus

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus raya 2012 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus penjawat awam 2012 itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus raya dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran bonus itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Najib berkata pemberian bonus raya 2012 dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. – Bernama

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Bonus Raya 2012 Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos 2012”

  1. Sufi says:

    Terima kasih diucapkan kepada CUEPACS kerana memperjuangkan bonus untuk kakitangan awam. Terima kasih PM.

  2. Sufi says:

    Wow dapat bonus setengah bulan gaji. Bolehlah buat isi petrol Johor-Kedah dengan bayr tol. Dapat meringan beban. Rasa senang hati ini. Terima kasih.

  3. [...] 28 September ini, dan macam biasa kakitangan awam pastinya akan tertumpu kepada pengumuman bonus 2012, samada dapat atau sekadar angan-angan semasa pembentangan Bajet 2013 kali ini. Jika ada bonus, [...]

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!