Bonus Peneroka Felda 2011 RM400 – RM1200 – Bajet 2012 | NescafeAis.Com


.

Bonus Peneroka Felda 2011 RM400 – RM1200 – Bajet 2012

December 23rd, 2011 0 Comments .
.

Tarikh Bayaran Bonus Felda 2011 – bayaran Bonus Felda 2011 – Bajet 2012 Bonus Felda – Bayaran Insentif Peneroka Felda 2011

bonus peneroka

Berita baik untuk peneroka,bayaran bonus atau insentif seperti diumumkan dalam bajet 2012  untuk peneroka felda akan dibayar hujung bulan disember ini. berita ini diumumkan oleh Datuk Najib.

KUALA LUMPUR 23 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, kadar yang sama seperti tahun lepas.

Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil, melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan Felda pada akhir bulan ini.

“Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti masing-masing,” kata Najib.

Beliau berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini. — BERNAMA

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Bonus Peneroka Felda 2011 RM400 – RM1200 – Bajet 2012”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: