Boleh Berniaga Dengan Yahudi Tapi Bukan Zionis – Haji Hadi | NescafeAis.Com


.

.

Boleh Berniaga Dengan Yahudi Tapi Bukan Zionis – Haji Hadi

March 17th, 2012 0 Comments .
.

yahudi

Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

“Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

“Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis,” kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis,

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah “haram menerima kewujudan negara haram.”

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

“Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersama harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu,” katanya.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Boleh Berniaga Dengan Yahudi Tapi Bukan Zionis – Haji Hadi”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!