Bob Kuman Sah Meninggal Dunia | NescafeAis.Com


.

Bob Kuman Sah Meninggal Dunia

May 3rd, 2012 4 Comments .
.

bob kuman

 

Al-Fatihah, Bob Kuman telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.38 petang tadi 3 Mei 2012

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah meninggal di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara. Berita kematian Bob Kuman ini disahkan sendiri oleh wartawan, Mazidul Akmal Sidik di laman Facebooknya.

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Sebelum ini, Bob Kuman yang juga seorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair pernah dikhabarkan sudah meninggal dunia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun, perkara itu dinafikan sendiri oleh arwah Bob Kuman. Kali ini, Allah lebih sayangkan arwah Bob Kuman, beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan keluarga tersayang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

bob kuman meninggal

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

4 Comments to “Bob Kuman Sah Meninggal Dunia”

  1. Old-Trafford says:

    semoga roh beliau dicucuri rahmat.

  2. Ammar says:

    Admin Blog Nescafeais. Tumpang tanya boleh? Ada hal nak cakap. Add me at facebook boleh? Ammar Yasir

  3. budakserius says:

    takziah n al-fatihah….

Leave your comment here: