Bekas Pemain Ragbi Britain Kecewa Kalah Kes Untuk Mati | NescafeAis.Com


.

.

Bekas Pemain Ragbi Britain Kecewa Kalah Kes Untuk Mati

August 17th, 2012 0 Comments .
.

mati
 

Seorang lelaki British, yang lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah ekoran strok tujuh tahun lalu, kalah dalam permohonan untuk mendapatkan hak untuk mengakhiri hidupnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi London menolak permohonan yang dibuat oleh Tony Nicklinson, 58, untuk ‘mati’ mengikut masa dan tarikh pilihannya.

Dia memohon hak dari segi perundangan untuk mendapatkan seorang doktor yang boleh menamatkan nyawanya tanpa pegawai perubatan yang bakal dipilihnya itu dikenakan didakwa.

Laporan CNN menyebut bahawa sejak mengalami strok pada 2005, Nicklinson, seorang bekas pemain ragbi, berhadapan dengan sindrom ‘locked-in

mati

Sindrom ‘locked-in’ merujuk kepada satu keadaan di mana seorang pesakit sedar dan terjaga tetapi tidak boleh bergerak atau berinteraksi secara lisan ekoran keadaan lumpuh penuh yang dialaminya.

Mahkamah juga menolak kes yang serupa dibawa oleh seorang lagi lelaki yang berhadapan dengan sindrom ‘locked-in’. Pemohon kedua itu hanya dikenali sebagai Martin, berusia 47 tahun.

“Mahkamah iktiraf kes-kes yang bersangkutan dengan isu-isu etika, sosial dan perundangan yang sukar, tetapi mendapati bahawa sebarang pindaan ke atas undang-undang menjadi urusan Parlimen untuk putuskan,” kata kenyataan mahkamah.

Tiga hakim yang mendengar kedua-dua kes itu menyifatkan situasi dialami mereka sebagai sesuatu yang “tragis.”

Keputusan itu mengecewakan Nicklinson, yang menitiskan air mata.

Isterinya, Jane memberitahu media bahwa keluargarnya “sangat kecewa” dan akan memfailkan rayuan.

“Anda boleh lihat sendiri reaksi Tony yang sangat kecewa,” kata Jane dipetik portal irishtimes.com.

Dalam kenyataan dibuat menerusi komputernya, Nicklinson berkata: “Itu bukan keputusan yang saya harapkan. Ia sama sekali (sesuatu yang) saya tidak menjangkakan.”

“Hakim, seperti juga ahli politik, adalah pihak yang bergembira apabila mereka dapat mengelak daripada berhadapan dengan isu-isu yang sebenar. “Penghakiman ini bukan sesuatu yang terkecuali (daripada hakikat sebenar),” katanya lagi.

Dia seterusnya menulis, “saya percaya pasukan guaman saya yang bertindak bagi pihak saya bersedia untuk berjuang habis-habisan, tetapi malangnya bagi saya, ini satu lagi situasi fizikal yang tidak selesa bagi diri saya.”

Anak-anak perempuannya menulis menerusi Twitter menggesa orang ramai memulakan petisyen menyokong hak untuk mati dengan penuh maruah.

Dalam tempoh beberapa jam seramai lebih 2,200 orang melahirkan sokongan kepadanya. Jane berkata, suaminya tidak berhasrat untuk ke Switzerland, negara yang ada undang-undang bunuh diri. Katanya, selain mahal, dia berpandangan bahawa suaminya tidak harus ke luar negara untuk menamatkan hidupnya.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Bekas Pemain Ragbi Britain Kecewa Kalah Kes Untuk Mati”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!