Azwan Ali Anggap Adik-Beradik Tak Wujud | NescafeAis.Com


.

Azwan Ali Anggap Adik-Beradik Tak Wujud

June 19th, 2012 0 Comments .
.

azwan ali

Awal Januari lalu industri hiburan tanah air digemparkan dengan pergaduhan adik-beradik, Azwan Ali dan adiknya, Ummi Hafilda di mana Azwan menerusi Twitter miliknya menulis , “Slm. Let’s CEKUP jugak si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup-hidup ! Bako mayat diaaaa”.

Ekoran status yang berbaur ugutan bunuh itu, Azwan telah disoal siasat oleh pihak polis dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Namun, tidak lama selepas itu, kedua-dua adik beradik ini tampil membuat sidang akhbar dan Azwan telah tampil memohon maaf kepada adiknya itu.

Ingatkan mereka sudah berdamai, rupa-rupanya, Mei lalu, Azwan Ali mengamuk lagi di Twitter kerana bengang ibunya, Mak Tom dipergunakan oleh ‘Puak Bangkai’ untuk kepentingan politik. Difahamkan, ibunya telah dibawa oleh Ummi Hafilda sendiri bagi tujuan menjatuhkan abang mereka, Azmin Ali.

Punah, kerana disebabkan politik, keluarga boleh berpecah-belah. Portal hiburan GUA yang berkesempatan bertemu dengan Azwan Ali dan peluang ini digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai kehidupan mereka sekeluarga sekarang.

“Saya hormat dengan soalan awak itu tapi saya tak akan cakap apa-apa lagi pasal Ummi Hafilda dan ahli keluarga yang lain. Komen saya akan terhenti sehingga akhir hayat saya. Saya anggap mereka tak wujud dah dalam hidup saya. Saya ada banyak lagi perkara nak difikirkan.

“Apa-apa berkenaan adik beradik, saya anggap dah tak wujud. Saya ada hidup saya sendiri, jadi saya tak peduli adik beradik ke, darah daging ke, itu bukan masalah saya lagi. Saya tak peduli kerana saya dah malas dah.

Ditanya mengenai hubungan dengan ibunya sendiri, Azwan memberitahu, “Dengan Mak Tom saya okay, tapi apa-apa yang berkaitan adik-beradik, bagi saya hal ini tidak menguntungkan langsung dan kalau boleh tahun 2012 ini, saya nak all out dalam kerjaya saya. Saya bersyukur kerana sekarang saya disokong oleh insan-insan yang lebih mulia,” ujarnya penuh bermakna.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Azwan Ali Anggap Adik-Beradik Tak Wujud”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: