Azrinaz Mazhar Hakim Muncul Kembali Selepas Dicerai Sultan Brunei | NescafeAis.Com


.

.

Azrinaz Mazhar Hakim Muncul Kembali Selepas Dicerai Sultan Brunei

May 23rd, 2012 5 Comments .
.

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Azrinaz Mazhar Hakim yang pernah menjadi isteri sultan Brunei, Namun, Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazha membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi programOn Air. Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper. Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’.

Bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ ditarik balik.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

5 Comments to “Azrinaz Mazhar Hakim Muncul Kembali Selepas Dicerai Sultan Brunei”

  1. ita says:

    encikJamil…kalau dia bersalah tuhan akan menghukum dia.siapa anda untuk menghukum dia. kalau anda org islam anda tidak akan bercakap sedimikian.

  2. nouri says:

    betul tu, jgn sebarangan mengutuk org, mungkin suatu masa dia akan jadi lebih baik dari kita

  3. nora says:

    Astaghfirullah, ‘betina’2 dia pun masih tertutup pakaiannya, cuma tak sempurna. Kenapa salah ‘betina’ je yang nampak? Bukankah salah ‘jantan’ tak mampu membimbing itu lebih besar? Cuba tengok keluarga si ‘jantan’ secara keseluruhannya, bertepatan sangatkah dengan identiti negara Islam sebenar?

  4. rahsia says:

    Setuju & tak setuju ngan Jamil Kucing. Tau citer ek? Takpelah, keburukan orang kita takyah citer…mintak2 lah dia dah insaf kan…sebenarnya dia baik..cuma mungkin “lupa diri” semasa dipanggil dengan nama “Tuanku” tu….. kan skarang dah balik asal balik..Whatever pun, mungkin ada hikmah…

  5. mah says:

    sapa makcik azrinaz? ni tak kenal………mak sapa dia ni…

Leave your comment here: